17 January 2011

Arrgghhh!!!Aku lupa daaa...

Aku sering kali terlupa juga dekat mana aku letakkan barang seperti kunci kerete,pendrive,handphone mahupun jam tangan.Arrgghhh...So adakah anda juga merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa?Anda asyik lupa di mana kali terakhir anda meletakkan sesuatu?Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana LUPA tarikh penting,LUPA letak barang,LUPA makan ubat,LUPA fakta,LUPA tutup kipas,LUPA arah jalan,LUPA nama orang dan macam-macam lagi.Bertenang.Sebenarnya, kita dapat meningkatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan.Lebih baik jika kita mempraktikan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.Seperti Nazmi Raja Lawak 5.Kih3x.....
1.Amalkan Tidur Yang Cukup.
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur.Namun ada orang yang suka tidur lewat seperti aku yang kaki bola sering menonton game bola lewat tengah malam.Sebenarnya bagi aku tiada masalah.Kalau game team Manchester United jatuh pada malam minggu,aku akan menontonnya.Sebaliknya jikalau waktunya jatuh pada malam hari bekerja.Aku lebih rela tengok perlawanan ulangan.Badan kita memerlukan rehat.Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru.Pengamalan tidur yang cukup di malamhari dapat membantu daya ingatan kita berfungsi dengan lebih baik lagi.
2.Mengawal Tekanan
Seringkali kita menghadapi tekanan,sama ada tekanan kerja,rumahtangga,kewangan dan sebagainya.Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu.Boleh jadi,anda akan menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran.Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas.Oleh itu,kawal tekanan anda dengan baik.Sebagai Muslim,kita boleh membaca Al-Quran dan selalu mendekatkan diri pada Allah untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan rohani.
3.Berhati-hati dengan pengambilan Vitamin/Makanan Tambahan.
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita.Ada kononnya dapat meningkatkan daya ingatan.Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan negatif.Oleh itu, adalah lebih wajar jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
4.Bersenam
Kepada mereka yang malas bersenam,sebenarnya bersenamlah akan meningkatkan daya ingatan kita.Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
5.Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria.Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa.Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda.Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada tuhan.
6.Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon,ubat darah tinggi,anti kemurungan dan sebagainya.Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat,konsultasi dengan doktor.Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
7.Belajar Sesuatu Yang Baru.
Mari kita belajar atau mencuba sesuatu yang baru!!Itu adalah teknik yang terbaik bagi memperbaiki daya ingatan.Bermain Soduku,Teka silang kata atau permainan catur merupakan game terbaik kerana kita menggunakan tumpuan dan daya pemikiran yang tinggi.Permainan tersebut membuatkan orang yang bermain itu sangat fokus.Anda boleh mencuba kemahiran baru seperti Bahasa Jepun,kursus jangka pendek,menjahit atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Oleh itu,mudah-mudahan kita tidak lupa selepas ini.Tetapi kita janganlah lupa seperti LUPA ibu bapa,lupa diri,lupa daratan,lupa lirik...errkkkkk..aku lupa apa ayat terakhir yang aku nak tulis ni daaa.....

Sumber : Credit to : Buletin Q Nov.2010

2 comments:

CikAizA said...

ela kemurungan??? susah tu....huuhuhu

AzizMostafa said...

@ Susun Silang Kata Kelopak?!
@ 7.Belajar Sesuatu Yang Baru
TTSKK = Teka Teki Silang Kata Kelopak?!
-
http://70.32.105.174/node/51401
http://powerwordpuzzles.com/sunbursts/
http://70.32.105.174/files/Krosslang.pdf
http://70.32.105.174/files/Key-Whls.pdf
http://70.32.105.174/files/16-petals.pdf
http://70.32.105.174/files/K-flower.pdf
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya