05 January 2011

Adakah kita seorang yang BERKARISMA?

Ketika ini Aqil sedang tidur.Semasa menghantar isteri ke tempat kerja,dia sudah pun terlelap di dalam kereta.Pada minggu awal tahun 2011,tiada kerja sangat.Aku telah di pindahkan ke unit lain untuk menggantikan seorang sahabat yang mungkin akan berpindah ke tempat lain dalam sedikit masa lagi.Ramai juga yang kena "reshuffle" untuk beralih angin baru.Hitam putih belum dimuktamadkan.Dengar2x sudah berada diatas meja bos untuk ditandatangani.Tapi bos sedang bercuti ketika ini.Senarai tugas pun belum diterima.Tetapi aku telah diminta untuk bersedia dan belajar serta memahami tugasan yang bakal dipikul.Hmm..Pada awal2x tahun ini, organisasi baik kerajaan mahupun swasta sedang menetapkan matlamat dalam sesuatu perancangan program tersebut atau dikenali sebagai "BLUEPRINT".Kemudian cuba mencapainya dengan menunjukkan graf prestasi yang mesti meningkat dari semasa ke semasa.Prestasi akan dipantau oleh pegawai dari semasa ke semasa.Seandainya mempunyai masalah,pastilah pegawai seharus dapat menyelesaikannya dengan baik.Di sinilah peranan seorang pegawai sebagai ketua organisasi/unit.Kecekapan dalam mengurus serta menyelesaikan masalah pasti akan mendapat pujian serta penghormatan daripada orang bawahannya.Seseorang pegawai yang baik merupakan seorang ketua yang boleh mengenal pasti masalah,mencari kepada punca permasalahan tersebut kemudian menyelesaikannya.Tidak rugi seseorang ketua duduk semeja berbincang serta mendapat pandangan serta teguran dari orang bawahan.Ilmu memahami tingkah laku manusia secara teori mungkin boleh didapati daripada kaitan dengan ilmu "Tabiat Organisasi" di jurusan teknologi pengurusan.Praktikalnya ialah mengenali secara berhadapan atau menghadapi tingkah laku manusia di depan mata.Disitulah kita akan mendapat jawapan hasil daripada tafsiran dari kita sendiri terhadap tingkahlaku individu atau orang ramai itu.Walau bagaimanapun,kita adalah manusia lemah.Kadang-kadang kita terpaksa atau tidak sengaja menuding jari mencari kesalahan orang lain.Situasi ini sangat biasa berlaku di mana-mana tempat bekerja.Jikalau ada kucing disitu,kita pun akan salah kan haiwan tersebut diatas kesan perbuatan yang telah di lakukan.Sebenarnya apa yang penting ialah karisma.Karisma bukan satu keajaiban yang secara tiba-tiba datang ke dalam diri kita.Ia bermula daripada menghormati orang lain terlebih dahulu,kemudian ada beberapa faktor tambahan sebagai penambah kepada aura " Karisma " itu.Sekali-sekala kita pernah mendengar individu2x yang mempunyai kekarismaan yang menarik minat kita.sebagai contoh Tun Dr Mahathir. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri,Perwatakannnya sangat menyerlah dan sangat dihormati diseluruh negara termasuk dunia.Tun Dr.Daim Zainuddin.Bekas Presiden Indonesia pernah berkata "Jikalau ada 10 orang seperti Daim Zainuddin,Malaysia akan mengoncangkan ekonomi dunia".Begitulah hebatnya karisma individu yang terbabit.Karisma itu sebenarnya perlu dicipta perlahan-lahan.Ia tidak datang sendiri.Hanya sekeliling yang akan dapat memastikan sejauh mana karisma kita terserlah.Popular tidak semestinya berkarisma.tetapi yang berkarisma akan menjadi popular atau terkenal.Pada catatan akan datang akan aku berikan tips bagaimana ingin berkarisma atau mencipta karisma dalam diri kita.

p/s : Karisma Kapoor bukanlah yang berakrisma.Dia pelakon Bollywood yang popular aja dulu.

No comments: