02 January 2011

2011

Aku tidak heran dengan kedatangan 2011.Apatah lagi dengan sambutan 2011 di mana berjuta penduduk seluruh dunia menyambutnya.Di negara yang demokrasi ini hampir seluruh rakyat menyambut kedatangan tahun baru di seperti di padang mahupun dataran yang mempunyai jam untuk mengira detik 12.00 malam tahun baru yang kemudian disusuli dengan percikan dentuman bunga api.Ia membuatkan orang ramai seronok.Antara ayat ucap selamat tahun baru adalah seperti "selamat tahun baru,semoga azam untuk tahun ini dapat direalisasikan pada tahun ini juga".Malam sambutan tahun baru dimeriahkan pula dengan konsert artis.Memang lah ramai yang akan hadir terutamanya remaja dan muda-mudi.Ada juga yang anak-anak ajak mak ayah keluar dari rumah untuk menyambut tahun baru sambil menonton konsert artis.Itu belum lagi "balak" ajak "aweknya" keluar juga untuk menyambut tahun baru di taman tasik atau di kawasan gelap..Lepas tu boleh chek in hotel pula.Mat-mat rempit pula menunjukkan "Eksennya" yang bodoh itu kononnya adalah pelumba paling terer sekali dijalanraya dengan membonceng anak-anak dara yang entah-entah telah menipu emak bapaknya untuk keluar dari rumah menyambut tahun baru.Manakala di kelab-kelab malam pula lagi 'havoc'.Mungkin ada buat parti buih sekali sempena malam istimewa itu.Air kencing syaitan lebih banyak dari air pepsi atau 'sky juice' untuk hidangan minuman setelah asyik menari liar sambil ditemani oleh perempuan -perempuan sundal.(Oh.terkasar bahasanya pula )Baiklah kita tunggu sahaja pada bulan Julai,Ogos,September,Oktober depan.Masa tu kita boleh membuat NKRA KPI peratusan pembuangan bayi diseluruh negara.Melayu ka,India ka,Cina ka,Asli ka.Apa yang penting kita 1 Malaysia.Kemudian akan keluarlah rumusan dari beberapa pihak mahupun individu mengenai akan perkara yang jelik itu...Selepas itu akan tuding-menuding jarilah punca gejala soSIAL yang melanda ini, emak bapak tidak mengambil pusing tentang hal anak lah,maklumat di hujung jarilah,pengaruh dari media lah dan macam-macam lagi.Persoalannya :-
............
............
............



Apakah pemerintah negara telah buat bagi negara yang diiktiraf sebagai negara Islam????

.............
.............
.............
Rasulullah pernah bersabda dan bermaksud,
"Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya di rantaikan ke leher.Ianya akan dibuka oleh keadilannya.Ia diberhentikan di atas tititan sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan seluruh anggota dari badan.Kemudian ia dikembalikan lalu dihitung amalannya.Kalau ia dahulu berbuat baik,maka ia terlepas dengan kebaikannya.Kalau ia dahulu berbuat jahat,nescaya pecahlah titian itu,lalu ia terhumban  ke dalam neraka 70 kharif. ( jarak masa setahun )

Wallah hu alam..

sumber hadis : Majalah Solusi ( Pesan Taqwa untuk pemerintah )



No comments: