20 December 2010

Rahsia Kebahagian Keluarga.Apa betul aku tulis nih?


Apabila menonton rancangan No Ordinary Family,cerita mengenai  satu keluarga yang mendapat kuasa yang luar biasa setelah mendapat kemalangan kapal terbang yang terhempas di hutan belantara Amazon Brazil.It’s amazing!Kalau macam itu aku pun hendak.Mempunyai kuasa terbang,kuasa membaca fikiran orang sekeliling,otak yang genius,lari laju dan kebal.Tapi sebenarnya aku pun mempunyai kuasa yang lebih dari itu.Aku mampu bangun lebih 3,4 kali untuk bancuh susu anak di tengah malam.Mempunyai kesabaran yang tinggi untuk  melayan kerenah anak.Boleh memasak,mengemas rumah dan membasuh baju.Tetapi aku kalah dengan kuasa isteri aku.Kuasa dia untuk membuat semua perkara seperti diatas 2 kali ganda.Itulah seorang perempuan yang bergelar Umie.Hari ini aku merasa gembira sebab bersama-sama dengan isteri menunaikan solat fardhu secara berjamaah.
Alhamdulillah.Aku mengikut petua dan pesanan orang tua dan alim ulamak.Seandainya mahukan sebuah keluarga yang bahagia.Kita mestilah berjamaah di dalam keluarga. Salah satunya itu adalah solat berjamaah.Agak lama jugak aku dan isteri tidak menunaikan solat berjamaah bersama.Maklumlah,isteri bekerja mengikut shift.Ada masa bersama dirumah terpaksa jaga anak dulu.Jadi itulah cabarannya.Apabila bersolat secara berjamaah pahalanya pun melebihi pahala mereka yang solat bersendirian.Ketika berdoa sesudah solat,isteri mengaminkannya.Nampak cantik bukan?Kita bersama berdoa,memohon keampunan,minta dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang baik .Dipanjangkan umur,diberikan perlindungan daripada perkara yang tidak baik.Dan yang lebih penting lagi minta kasih sayang diantara suami,isteri dan anak dipereratkan lagi sampai akhir hayat kerana Allah s.wt dan Rasul.Selesai berdoa,kita  bermaaf-maafan diantara satu suami dan isteri.Memang isteri yang akan memohon maaf terlebih dahulu kepada kita,tetapi tidak salah kita sebagai suami memohon maaf terlebih dahulu kepada isteri.Tidak akan hilang maruah lelaki.Cuma kita merendah keeogaan itu.Ketika hendak tidur pun, boleh bermaaf-maafan lagi.Bukan setakat maafkan kesalahan suami/isteri.Kita maafkan kesalahan orang lain.Begitulah hakikat manusia yang tidak sempurna.Suatu lagi petua yang aku amalkan ialah membaca Al-Quran.Kita baca Al-Quran bersama isteri.Jikalau ada anak sudah pandai mengaji,ajarilah dan membaca bersama mereka. Secara tidak langsung ia akan merapatkan hubungan kekeluargaan.Menurut satu kajian, apabila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, ‘MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK’ atau seperti komputer yang diberi isiannya.Kalau membaca di masjid bersama-sama yang berada di masjid secara tidak langsung ia akan merapatkan ukhwah masyarakat pula. Itulah serba sedikit pengalaman aku bagaimana hendak mempertahankan dan mengharmonikan  rumah tangga yang baru usia 2 tahun.Masih panjang lagi masanya.Semasa mula-mula sekali aku menjadi seorang ayah,macam –macam dalam fikiran ini.Mampukah menjaga anak ketika isteri bekerja,dan sebagainya.Namun aku berdoa pada Allah agar aku dipinjamkan kekuatan kepada aku.Aku berfikiran positif.Apa-apa sahaja perkara yang kita lakukan itu adalah kerana Allah s.w.t.Apatah lagi menguruskan rumah tangga.Mudah-mudahan pengalaman ini boleh dikongsikan kepada si suami yang baru bergelar kepada jururawat atau yang baru mendapat anak.

2 comments:

bukan ustaz said...

saya tak pasti tentang perkara ini. tapi berdasarkan apa yang saya tahu, tugas lelaki ialah solat berjemaah di masjid dan perempuan solat awal waktu di rumah. sebab itu ketika di zaman Nabi S.A.W dulu sesiapa yang solat di rumah Nabi S.A.W ingin membakar rumahnya...

saya minta saudara tanyalah ustaz untuk kepastian. jika sudah dapat berkongsilah dengan saya ya. kita sama-sama berusaha menjadi lebih baik. :)

Mohd Azrin Abu Bakar said...

bukan ustaz:Terima kasih.Saya sgt menghargainya akan pesanan ini.Ada kebenaran juga kata 'Bukan Ustaz' ini.Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan kita petunjuk.:)