20 December 2010

Kesihatan

Ada pun pada hari ini adalah hari Isnin,aku mengambil keputusan untuk tidak bekerja.Badan kurang sihat.Badan yang penat selepas 2 hari yang lalu sibuk dengan urusan yang penting.Badan penuh dengan sisa toksid.Malam tadi isteri telah memberi 2 koyok yang tampal di tapak kaki.Katanya koyok ini boleh mengeluarkan toksid dari badan kita melalui kaki.Jadi isteri pun tolong tampalkan di tapak kaki aku.Pukul 5.30 pagi, aku terbangun dan buka tampalan itu di kaki.MasyaAllah.Hitam,lekat,pekat berlendir.Aku tidak terkata apa.Badan aku penuh racun.Aku beristighfar."Ya Allah ,hindarilah aku dari sebarang penyakit berbahaya."Banyak perkara yang perlu aku laksanakan lagi.Baru 6 bulan menjadi ayah pada Aqil Zahwan yang semakin lasak.Baru 2 tahun menjadi suami kepada isteriku.Maknanya soal penjagaan makanan perlu aku titik beratkan selepas ini.Mengamalkan gaya hidup yang sihat.Jasmani dan rohani.Selepas ini kena rajin bersenam.Islam pun menggalakkan kita menjaga kesihatan.Aku pun telah mengambil langkah awal sebenarnya untuk mengetahui tahap kesihatan badan kita.Antaranya ialah membuat "Medical CheckUp".Membuat pemeriksaan darah dan air kencing.Tujuannnya ialah membolehkan kita mengetahui tahap kesihatan badan kita seperti kolestrol,darah,buah pinggang dan hati.Selepas itu kita akan mendapat nasihat dan saranan dari doktor.Dengan cara itu kita boleh meningkatkan tahap ambil berat mengenai kesihatan badan kita.Pemeriksaan ini boleh mengetahui apakan jenis darah kita.Aku pun sebenarnya selepas membuat pemeriksaan itu baru tahu darah aku ni jenis apa.Siap bagi lagi kad darah untuk diselitkan didalam dompet.Manalah tahu kalau terlibat kemalangan,keluar banyak darah.Hendak masuk darah baru,doktor boleh tahukan?"Medical Chekup" itu boleh dibuat 6 bulan sekali atau setahun sekali.Bayaran tidaklah mahal.Cuma didalam lingkingan RM 120.00 sahaja.Aku pun dah bagi tahu pada adik-adik aku supaya buatlah "Medical ChekUp".Jangan asyik pikir kerja sahaja.Bila badan sihat.Barulah boleh melaksanakan ibadah dan perintah Allah dengan baik.Kita pun berdoa pada Allah agar diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang.
Inilah May Personal Health.Yang sebelah kanan itu reportnya.

No comments: