23 December 2010

Aku!

Alhamdulillah.Baru sahaja selesai membaca Yasin pada malam Jumaat ini.Dalam satu hadis, Rasulullah pernah bersabda, “Daripada Anas r.a ia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda, “Tiap-tiap sesuatu itu ada hatinya,adapun hati Al-Quran adalah surah Yaasin.Barang siapa membaca surah Yaasin,maka Allah mencatat ( member pahala ) seperti pahala membaca Al-Quran sepuluh kali”.Begitu juga satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda , Daripada Abi Hurairah r.a,sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, “ Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat, maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”Jelaslah amat bermakna sekali apabila kita membaca surah Yaasin pada malam Jumaat dan juga amat digalakkan membacanya  pada setiap hari.Kalau tidak pun,bacalah Al-Quran pada setiap hari.Al-Quran itu ubat apabila jiwa dan hati resah gelisah dan tidak tenteram.Aku mengakuinya.Apabila hati ini tiba-tiba gelisah resah gundah gulana,aku mengaji Al-Quran.Oleh itu jiwa menjadi tenang.Aku cuba mengamalkan membaca Al-Quran pada setiap hari selepas Maghrib atau selepas Subuh.Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa aku agar diberikan petunjuk , taufik dan cahaya hidayahNya membimbing aku ke jalan yang lurus dan benar tidak terbabas dari kebenaran.Aku bermuhasabah diri.Semenjak dariakil baligh sehingga saat ini.Apakah selama ini aku mensia-siakan masa.Astaghfirullahh.Ya.Allah ampunilah dosa hambaMu yang sangat hina disisiMu.

No comments: