18 December 2010

Persepsi Hidup,Jalan Kebenaran dari seorang pejuang!!!

Mungkin kali ini,aku mahu menulis sesuatu untuk membuat orang berfikir.Mungkin selepas ini aku mengurangkan tulisan yang santai yang bercerita kisah peribadi kehidupan.Lebih baik aku menulis sesuatu yang boleh membuka paradigma tepu ini kepada paradigma yang luas.Mungkin sudah terlalu banyak blog-blog yang santai membuatkan blog ini tidak lah dipandang sangat.Betul juga kan?Apalah ertinya menjadi orang Melayu yang bukan pemikir yang serius.Aku sedia maklum,aku bukanlah seorang lulusan universiti.Aku hanyalah pekerja kerajaan yang hanya membuat laporan dan menulis surat rasmi sahaja.Menyesal juga kerana aku telah mensia-siakan peluang belajar di universiti 8 tahun yang dulu.Kalau tidak,mungkin jawatan aku sekarang gred 27 agaknya.Tetapi apalah ertinya jawatan tinggi itu kalau kita tidak benar-benar melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.Mungkin benar kata sahabat,Dari 8 jam bekerja,mungkin 4 jam adalah masa yang serius untuk membuat kerja.Ahh..itupun mungkin hanya sehari dua sahaja dalam 5 hari bekerja.Masa yang lain ialah "mengular" sahaja.Oh..aku bukan tujukan pada sesiapa.Aku tujukan pada diri aku ini.Maaf kalau pada sesiapa yang membaca entry ini tertembak pada diri sendiri.Tapi terima sahajalah.Kita sama sahajakan?Oh..malam tadi telah berbual dengan Pujangga Seni selepas selesai sahaja kenduri doa selamat di rumah orang tuaku.Jiran sebelah rumah.Dia adalah kuat akan pegangan perjuangannya dan aku sangat menghormatinya.Kalau tidak percaya bacalah blognya.Kata dia,"Maaf dik,kalau blog setakat tulis santai2x cerita cuti-cuti Malaysia,mungkin orang yang baca blog kau itu akan datang sekali lalu sahaja.Lepas itu tiada lagi.Lebih baik kita menulis sesuatu fakta atau perkara yang benar yang orang tidak tahu dan orang ingin mengambil tahu lagi dan suruh kau tulis lagi."Memang aku terkesima.Fikiran aku berlegar-legar apakah perkara yang ingin aku tuliskan dalam blog ini.Ilmu aku sekecil zarah sahaja.Kalau bercerita pengalaman bagaimana menjadi bapak budak kepada seorang isteri yang bernama staff nurse bolehlahkan?Tapi,kata-kata dia itu memang cukup membuka hati aku.Inilah yang menggerakkan aku untuk menulis di saat ini.Dia membongkar sesuatu yang orang tidak pernah tahu dan yang baru aku tahu.Eh..kita jangan fikir mengikut otak haluan kanan sahaja.Yang haluan kiri kita kena tahu juga.Baru otak berfikir dengan baik.Mungkin yang haluan kiri lebih baik dari yang kanan sebab asyik haluan kanan sahaja yang kita ikuti.Agaknya kita ini sudah terpengaruh dan banyak termakan kata-kata orang bijak pandai berkata-kata.Mungkin kerana itu kita berada dalam macam situasi yang selesa sahaja,gelak-gelak,ketawa-ketawa,sembang kosong,adu domba dan berlagak sombong bodoh.Cukup bulan dapat gaji,kita menghabiskan gaji tersebut.Ohh...sangat teruknya aku............Bukan kamu,ianya itu aku.Memang benar,aku masih lagi tidak berpuas hati.Tidak berpuas hati dengan persekitaran,kawan-kawan yang belum cukup bersedia untuk berfikir mengenai soal agama dan dasar-dasarnya dan memperjuangkan KEBENARAN.Aku masih terperangkap.Padahal aku ingin keluar dari ruang lingkup itu.Semoga Allah memberikan  aku petunjuk ke jalan kebenaran untuk diri yang sangat kerdil dan juga kepada keluarga ku.Amin......

No comments: