01 November 2010

Sisi Gelap Seorang Lagenda Bernama P.Ramlee

Aku menjadi lebih menghargai dengan karya seorang lagenda yang bernama P.Ramlee selepas aku menonton rancangan Biografi P.Ramlee malam tadi.Aku benar-benar ingin mengetahui perjalanan hidup Seniman Agung itu.Rupanya P.Ramlee pun hanyalah seorang manusia yang biasa juga.Walaupun beliau merupakan seorang yang digelar "Bapak filem Melayu",beliau telah melalui perjalanan getir sebagai seorang pelakon.Dalam kehidupan P.Ramlee ada juga sisi gelap yang dilaluinya.Daripada seorang yang dihormati dan disayangi,kemudian telah dibuang begitu sahaja.Aku seakan tidak percaya.P.Ramlee yang aku sangkakan hidupnya yang popular,rupanya pernah tiada duit selepas zaman kegemilangan berlalu.Ah.aku sangat tidak percaya.Apa pun P.Ramlee memang seorang lagenda.
p/s:Aku sebak.aku sebak sangat!!!

2 comments:

~ L.Y.A.N.A~ said...

P.Ramlee tetap di hati :)

PuteraOhtraBulan said...

Lyana:P.Ramlee itu sebenarnya manusia biasa sahajakan?Cuma dikurniakan pemikiran yg luar biasa pd zaman beliau.