29 October 2010

Fuyooo.TV LCD tu!!!

"Perghh!!!Besarnya Tv ni ayah.Terpegun aqil tengok!!!"
Bila aku tengok Aqil menonton TV LCD sebesar saiz 42' itu di rumah atuksu dia,( walhal atuksu Aqil ni baru 33 tahun.Tua 5 tahun dari aku aja )ok sambung cerita balik.Aku merasakan Aqil teruja agaknya.Dengan TV yang besar,warna yang terang,jelas lagi nyata.Bola mata Aqil membulat besar memfokus pada skrin tersebut.Huh..sebenarnya yang teruja ialah bapak dia.Memang bapak dia ni sedang mengidam TV sebesar itu.Dapat yang saiz 32' pun jadilah.Dari tahun lepas sebelum Aqil di lahirkan di dunia yang fana ini.Namun,tv lama di rumah aku masih lagi elok.Tv yang dihadiahkan oleh abang ipar aku kepada adiknya iaitu isteri aku.Aku ada beli tv masa aku bujang dulu kira-kira 4 tahun yang lepas.Tapi dah jahanam.Gara2x main PS2 24 jam.TV cop dari China.Mana nak tahan.So,sesiapa yang nak beli tv brand ZAPPORO.tolonglah jangan beli ye.Pagi tadi,lepas sarapan,aku dan 3 orang rakan sepejabat pergi ke kedai barangan elektrik Panasonic  membeli TV LCD untuk diletakkan dikaunter pelanggan.Pergghh..untunglah member2x yang ada di pejabat sebelah tu.Memang aku teruja apabila aku singgah kedai itu melihat TV LCD yang canggih.Gadget lain macam DVD player,Hi fi,set home theater menjadi pujaan hatiku.Fuh!Hati kata beli lah,beli lah!Akal pula kata,hitung dulu budget ada ke tidak?Perlu ke tidak nak beli benda tu.warghhhh....betul2x aku berada dipersimpangan dilema.hu.hu.Tapi walau bagaimanapun,aku kena lah fikir panjangkan?TV dekat rumah elok lagi.Gambar cantik,Sound pun ok walaupun mungkin dah lebih 10 tahun agaknya.So kenalah tunggu tv tu sampai ajalnya.Tapi yang aku kena beli sekarang ini aialah aircond.Letak dalam bilik tidur.Kalau cuaca musim hujan boleh lagi tidur dengan tenang.Tapi bila musim panas kering,bahangnya sampai ke malam masih lagi terasa.Itu yang buat rasa kurang selesa.Kesian juga pada Aqil.Aqil ini cepat berpeluh kepala dia.Kipas tidak banyak membantu untuk buat dia rasa selesa.Maklumlah masa umie dia bersalinkan dia dalam bilik aircond.Balik ke Segamat pun naik kereta dah tentu pasang aircond juga.Ermm..itulah kenikmatan teknologi sekarang.Itulah benda yang menjadi keperluan untuk dibeli.Bagi keselesaan untuk anak dan isteri.Aircond pun sekarang yang RM 800 siap pasang boleh dapat dah.Kira dah murah lah tu.Sabar sahajalah.Walaupun ada duit,relaks dulu.Amalkan sikap bertangguh untuk membeli sesuatu yang menjadi kehendak kita.Itulah tips dari pakar kewangan yang selama ini aku amalkan.Insyaallah.Kalau ada rezeki lebih baru lah boleh berhajat hendak membeli TV LCD itu.
"Boleh lah ayah Aqil tgk Tv ni dulu.Tidak kisah punya"

p/s: Macam2x aku nak beli sebenarnya.gitar karan,kereta masuk spotrim,touch skrin letak kat dalam kereta,jam,kasut,rayban..bla3x


No comments: