05 October 2010

Coretan Aqil


Tiga hari tidak update blog.Mana tidaknya,Bapak Budak ini agak sibuk.Dari hari Sabtu,Ahad sehingga semalam ( Isnin ).Hari Sabtu,aku ada buat majlis Aqiqah dan bercukur anak di rumah ibu aku.Alhamdulillah,majlis berjalan lancar.Meriahnya.Ramai jemputan yang datang.Kawan aku?Langsung tidak nampak batang hidung walaupun dah uar-uarkan dalam facebook dan dah bagi massage.Tapi apa nak buat,agaknya masing2x ada urusan lain yang lebih penting.Pada hari itu,Aqil merupakan orang yang paling popular.Macam selebriti.Kalo panggil press Nona,harus masuk TV tu.Ramai nak tengok dia,pegang dia,cium-cium dia.paling untung duit raya dia beb.Perghhh..Alhamdulillah rezeki Aqil.Orang nak bagi dia duit raya.Setelah umienya mengaudit collection duit raya Aqil hari tu,RM 500 lebih jugak dapat masa majlis dia.Wow!!!Aku terkejut gak.Sebab aku ingat dalam RM 100 lebih aja.Itu belum masuk collection duit raya lain,duit masa dia baru keluar tengok dunia dan duit masa dia kena tahan wad 2 minggu lepas.Belum lagi duit yang um ayah dia terpakai ( En.Azrin,kau kena ganti balik duit Aqil yang kau terpakai itu!) Ok.Baik.Memang wajib ganti walaupun terpakai sedikit.Itu duit anak.Orang bagi untuk anak.Lagi Kalo boleh aku hendak tambahkan lagi.Aku mengakui ada juga terpakai duit anak sebab adakalanya terasa “sesak nafas” juga.Maafkan ayah.Apa-apu pun aku berniat cukuplah mana yang aku terpakai duit Aqil itu. Umienya yang pegang duit itu.Tercari-cari juga akaun amanah  apa yang sesuai  untuk simpanan Aqil ini.Melihat beberapa prospectus Amanah Saham dalam google semalam,rasanya Aqil kena tunggu umur 6 bulan barulah boleh membuka akaun amanah sendiri bersama penjaganya.Tapi oleh kerana bimbang duit banyak-banyak nak simpan di rumah,aku nak simpan dalam ASB umie dia dulu.Sekarang tengok2x lah gambar semasa Majlis bercukur Aqil yer..

                                            CORETAN SI AQIL
Relax2x kat pangkuan ayah dulu yer

Letak minyak rambut sikit ayah.Wat rambut cacak!

Jgn main gunting atuk.bahaya

Meh..ustaz guntingkan sikit 

Sayang cicit moyang niee..

Aqil letihlah.Layan ramai tetamu tadi.

Uwan,nape ayah gelak sampai terguling2 tu?

Ok.Tau Aqil dah botak.janganlah gelak lagi




Ni masa kita ada rambut Spiky

P/s : i) Nak tgk gambar saya lagi?Add FaceBook Bapak saya yer
        ii)Ayah dah simpan duit Aqil dlm ASB Umie?Jgn luper janji ayah
       iii)Dah simpan dah tadi
        






















No comments: