01 October 2010

Marhaban Ya Marhaban


 Asal hari raya dalam bulan Syawal pasti rumah2x baik di kampung atau di Bandar akan membuat Marhaban.Biasa Marhaban dibuat selepas seminggu berhari raya.Alhamdulillah sejak dari kecil lagi aku sentiasa mengikut Marhaban semasa dengan ayah aku dulu.( Agaknya kot ).Malam tadi malam terakhir taman rumah aku buat marhaban dari minggu lepas.Malam tadi jugak aku baru ikut marhaban.Itu pun satu rumah sahaja.Bawak Aqil sekali.Kenalah pergi sebab 1 taman sebaris itu 100% orang Melayu.Bila dah berkeluarga dan duduk meyewa,kenalah bercampur dengan jiran khususnya masyarakat setempat kerana aku sebagai orang merantau ( walaupun dalam Johor sahaja ).Alhamdulillah,setahun duduk ditaman aku nie.Perhubungan dengan jiran bertambah baik.Aku berasa selesa kerana semua Melayu.Uniknya taman aku ini mungkin dlm 50 buah rumah sahaja dalam satu jalan.So mudah lah nak mengenali antara jiran2x terdekat.depan rumah aku ini aku panggil “Mak Ani”Peramah dan mesra orangnya.Baik hati.Ada naka dara 2 orang.Ting2x beb.Masa Aqil tidak sihat dia yang aku minta tolong untuk tengok2kan Aqil.Masa Aqil duduk wad,jiran sebelah rumah depan rumah datang melawat Aqil juga.Aku sangat menghargainya.Orang kata kalau kita tidak sombong dengan jiran sebelah menyebelah ( apatah lagi sesama Melayu ) Insyaallah,jiran kita menghulurkan bantuan sekiranya kita memerlukannya.Bila bermasyarakat ini mendatangkan faedah bagi diri kita.Dekat tempat aku ada ustaz,cikgu,budak TNB,telekom,polis dan macam2x kerja lah.So,kepada mereka yang baru berkahwin dan duduk menyewa di taman atau dikampung,semoga dapat menyesuaikan diri di tempat orang agar mereka tidak memandang serong pada kita.( Ucapkan salam pada jiran sebelah pun dah kira baik apatah lagi berbual2xkan?.).Oleh itu,Marhaban,majlis kahwin atau kenduri kendara merupakan tempat sesuai untuk kita memperkenalkan diri dan keluarga kita.
Pada pandangan Aqil.Susah nak amik gambar dukung si kecik ni

p/s :Bro sebelah rumah ini memang best aku tengok dia.Sebab hari-hari lap keta dia sampai tak menjamah satu habuk atau lumpur duduk dekat kereta dia.Makcik yang depan umah bro yang hari2x lap kereta tu,panggil makcik "kelawar".Pagi pakai baju kelawar,petang baju kelawar.malam lah lagi baju kelawar.Nasib baik malam tadi dia pakai baju kurung..

1 comment:

ada said...

kalo malam marhaban pon makcik tu pakai kelawar gak, tu mmg nk kena la makcik tuh