13 October 2010

Tak boleh gurau duduk surau

1,2,3,4 & 5...5 hari aku tak update blog....Ok...sebenarnya ada 3 jenis nasihat yang boleh diberi kepada yang bernama manusia.1.Beri nasihat secara berhikmah dan lembut 2.Beri nasihat agak keras tapi terkawal.3.Beri nasihat agak keras macam hendak pukul orang.Pilih mana satu yang anda hendak atau mahu.Aku suka 1 & 2.No.3 aku tidak boleh terima.Kurang ajar betul!.Pilihan untuk jenis bagaimana menasihati orang terletak pada tangan kita bukan?So,bagaimana nak nasihat sahabat yang kita mendapati dia ada sedikit masalah?Aku cuba renungkan balik cara aku menasihati kengkawan.Iye..ada kalanya emosi semasa kita nasihat orang ada sedikit terbabas.Aku tidaklah seorang yang baik juga untuk diteladani,namun ada benda yang aku tidak nampak elok itu,aku kena bagitahu,kena terangkan.Pernah aku untuk menasihati seorang sahabat secara lembut dan jujur sebab aku tidak suka menasihati orang dengan cara yang kasar dan ganas.Namun hari ini aku telah pun menasihati orang dengan cara no.2.selepas cara no.1 tidak jalan.Niat aku satu,agar dia dapat memperbetulkan keadaaan dan sedar kesilapannya.Andaikata dia nak remove/delete aku dari list kawan dia."Aiman tidak kisah".Tidak mendatangkan kesan khas dalam hidup aku pun.Cuma,mungkin dia yang menyendiri selepas itu selepas dia meremovekan semua kawan dia.Mungkin sudah ditakdirkan dia ingin jadi begitu.Ermmm.ntahlah..aku belajar dari pengalaman hidup.Pengalaman bercampur dengan manusia pelbagai ragam.Memang benar!adakalanya gurauan itu tidak boleh diterima oleh seseorang yang kuat gurauannya.

No comments: