20 October 2010

Cerita 1

1,2,3,4,5,6,7.....oh! lepas 7 hari baru aku dapat buat enti baru.Takdelah sibuk sangat dengan kerja.Cuma agak malas sedikit ditambah pula line Celcom broadband macam cipan.Lembab kalo nak berinternet dekat rumah.Harus pakai streamyx ni nanti.Bulan ni tidak sampai 10 entry yang aku updatekan.Target nak 30 cerita 1 bulan.Lebih pun takpe.Oklah.memandangkan pada hari semalam isteri dan anak balik ke kampung kerana isteri ambil cuti rehat seminggu dan nak berehat di kampung halaman,aku sekarang "Lone Ranger".Seperti menjadi bujang semula.Hooreyyyyy..Ohh jgn risau.Tiada perancangan pulak untuk berkaraoke dengan kawan2x seperti dulu.Perancangan aku ialah mengemas rumah,melipat kain baju dan memasak untuk makan sendiri sahaja.Tapi rindu jugak dekat anak yang kat kampung sana.Tidak mengapa.Hari Jumaat ni aku balik ke kampung juga.Pada petang semalam menghantar isteri dan anak ke stesen bas Larkin.Sudah lama tak ke sana.Terminal Larkin dah banyak berubah.Perubahan fizikal terminal Larkin,ia semakin selesa dan cantik.Sebut pasal bas pula,seminggu sebelum itu,aku dah pun memikirkan bahawa,adalah lebih baik isteri dan anak aku naik keretapi.Ianya selamat.Ini disebabkan kemalalangan bas di highway PLUS yang meragut 11 nyawa membuatkan aku merasakan mana2x bas tidak selamat untuk dinaiki.Ia seakan 1 fobia pada aku sebab hati aku selalu TER..detik/.fikir kalau ia terjadi kepada isteri dan anak aku.MasyaAllah,semoga dijauhi daripadaa bala,malapetaka macam itu.Tapi akhirnya aku mengalah kepada pemikiran yang lebih positif.Kemalangan Jalanraya adakalanya bukan disebabkan kecuaian manusia.Mungkin kepada faktor lain.Tapi apa hendak buat sebab yang bawa bas pun manusia juga.Orang yang mencari rezeki.Jadi,kemalangan jalanraya itu juga kadang2x kita menganggap itu adalah Qada'dan Qadar dari Allah.Apa pun aku memohon kepada Allah semoga masih lagi dipanjangkan umur aku,isteri dan anak aku lagi.Dijauhi dari bencana dan malapetaka.Itulah doa aku pada setiap hari selepas solat 5 waktu.Tekad aku sekarang ini,aku tidak mahu jauh hubungan dengan Allah.Aku cuba berjanji pada diri sendiri supaya solat 5 waktu aku tidak tinggalkan lagi.Agar Allah tidak melupakan aku.Memberikan aku rahmatNya dan dilapangkan rezeki aku serta keluarga.Aku berusaha untuk meninggalkan perkara yang sia-sia yang boleh menjadi satu dosa kering.Apatah lagi dosa-dosa besar.Sebab aku memikirkan bahawa aku ini sudah menjadi ayah.Seorang lelaki yang mempunyai tanggungjawab besar untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar.Bagaimana hendak membimbing anak supaya menjadi anak yang diharapkan oleh kita?Semuanya bermula dari kehidupan harian kita dulukan?Bersihkan hidup kita dari perkara yang tidak baik.Apakah halal rezeki yang kita terima selama ini?Aku melihat kehidupan sekarang,melihat anak-anak orang lain.Aku menganalisa dan menilai sifat buruk dan baik yang aku lihat pada diri mereka.Apa yang aku boleh simpulkan bahawa aku sebagai bapa dan suami mesti berusaha menjadikan diri ini sebagai teladan yang baik untuk anak dan isteri aku.Kita memang manusia yang lalai sentiasa,namun diatas tikar sejadah selama 5 kali sehari inilah boleh membuatkan kita dapat bermuhasabah diri,menilai diri kita 5 kali,apa yang sudah kita lakukan pada hari tersebut.Adakah banyak membuat dosa atau pahala?Adakah kita pada sepanjang hari bergelak ketawa sakan,mengumpat atau banyak bercakap dan sebagainya?Atau hanya memikirkan keseronokan dunia ini?Sebenarnya syaitan dan iblis sentiasa berusaha melalaikan kita.Itulah janji Iblis,menyesatkan anak-anak Adam sampai ke akhir zaman.Aku sedar akan perkara itu.Didalam satu buku agama yang aku baca,"Memperbanyakkan amalan yang baik adalah sangat baik,tetapi meninggalkan perkara/sifat tidak baik sangat dituntut oleh Islam".semoga Allah memustajabkan doaku.semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku

p/s : Sekarang aku sengaja solat depan anak aku.Dia akan tengok apa yang aku lakukan.Semoga ia nya membuatkan anak aku kenal apa itu solat.


No comments: