01 October 2010

Kursus


Apabila terima satu surat arahan kena pergi kursus sebelum Syawal haritu,aku jadi ‘paisey ‘.Apa tidaknya.Time bini aku tengah berpantang dekat kampung 3 bulan lepas,takder  pulak kena pergi kursus.Aku siap mintak kursus lagi masa aku jadi bujang sekejap.’Wife’ pantang dikampung nun jauh disana.Aku disini  sorang diri.Takder masalah lah.Ni bila kena kursus minggu lepas.kena minta tolong ‘sahabat’ untuk ambil dan jemput anak dan wife.Wife kena kerja.Aqil kena hantar kat umah pengasuh.Biasanya aku lah yang hantar dan ambil  wife ditempat kerja setiap hari.Macam Aqil jugak.Dah menjadi rutin.Nasib baik member memahami dan tolong aku.Terima kasih “En. Dayat”.Member masa duduk umah bujang dulu.walaupun wife sudah ada lessen,sebenarnya dah 2 tahun ada lessen.tapi belum terer hendak bawak keta lagi.masa mula-mula kahwin,aku dan wife duduk jauh.Melaka-Johor.Jadi aku yang pakai kereta nak balik Melaka tiap2x minggu.BIla dah duduk bersama,tidak sampai sebulan raya tahun lepas terus bini aku mengandung.aku pun tak bagi / ajar wife aku drive.Sekarang nampak gayanya kenalah ajar  bini aku drive kereta untuk kesenangan dia dan tidak menyusahkan orang lain.Tapi agak payah jugak aku nak lepaskan wife aku drive.Dia tu agak penakut dan mudah kelam-kelibut sikit.Ahhh..apa sekalipun,terpaksa lah wife aku kena pandai drive kereta.Lagipun tu kereta dia.Kereta aku……baru dijual.Save ekonomi sikit.Kalo ada ERL,LRT ke,memang aku suruh wife aku naik public transport sahaja.
Berbalik pada kursus.Bagus kursus yang aku pergi minggu lepas.sudah lama aku tidak pergi kursus.Apatah lagi kursus pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dan etika kerja.Kursus surat rasmi dan minit mesyuarat.Tajuk macam nampak senang.Rupanya banyak yang aku tahu.Lepas aku mengikuti kursus itu pengetahuan bab buat surat rasmi dan minit mesyuarat diperbaiki kelemahannya.Selama ini main ‘copy & paste’ sahaja.Ikut style standard kerja orang lama.Tapi rupanya,buat surat ini sudah ada pekeliling perkhidmatannya.Ermmmm..well..tengok ajalah entry  bergambar seperti dibawah ini.
Kesimpulannya..lain kali ikut pekeliling perkhidmatan awam yang telah di sebarluaskan.Aku tidak salahkan orang lama tempat kerja aku.Diaorang tahu,cuma diaorang ( bahagian pentadbiran ) pun ada jugak yang tak ikut format yang ditetapkan jugak…Apa nak jadik???
p/s:Dengar2x pun HQ kat KL,pengarah pentadbiran pun ada yang tidak tahu surat rasmi dan minit mesyuarat ada pekeliling perkhidmatan awam dari kerajaan Malaysia rupanya.Hendak salahkan siapa itu?

No comments: