29 September 2010

Aqil Zahwan

Alhamdulillah,Aqil dah 3 hari keluar dari wad.Terima kasih kepada sahabat yg mendoakan kesihatan Aqil.Aqil keluar wad pada hari Ahad.Bila melihat kesegaran dan kegembiraan wajahnya,aku yang begitu teruja.Dia pun teruja siap terjerit-jerit lagi.Anak ayah katakan.Cuma batuk dan selsema dia shj yg belum baik lagi.Gen dia begitu kuat dengan aku.Muka dia dah memang sebijik muka aku.Takder rupa umie dia.Tak boleh nak kelentong lah kat awek-awek shopping kompleks bila bawak anak aku,nak mengaku itu anak saudara konon!!ceh...apa daaa..Umur Aqil pun dah 3 bulan.Sudah pandai meniarap.Guling-guling pun dah reti.Macam budak dah 5 bulan ke atas gayanya.Berat badan pun dah bertambah.6.1 kg.Umie nya  yang mengendong dia pun dah cakap,lenguh tangan dukung si Aqil ni.

Kata orang yg tengok Aqil,"muka matured".Sekali tengok orang sekeliling,terbeliak matanya.Memang tak takut bila kena dukung dengan orang lain.Malam tadi tinggal berdua dengan aku.Umieya kerja shift malam.Cabaran beb bila wife kerja malam ni.Tapi aku ok sahaja walaupun Aqil telah menunjukkan kepandaian dia menolak jauh2x botol susu dengan tangan dia.Tak nak susu botol dia ni.Malam tadi punyalah aku tukar 3 jenis puting botol.Dari susu perah ke susu tepung.Tak mau dia.Nak hisap jari aja.Kesian dia bila tak mau susu botol.Aku tahu dia haus.Dia nak 'mimit' ( breast feeding ) umie dia jugak.Barulah dia feel.Aku masukkan Aqil dalam buaian.Lama jugak buaikan dia.Ada dalam setengah jam.Pukul 1.00 pagi baru dia tidur.Aku bangunkan dia pindahkan ke atas katil dan membiarkan dia tidur dulu.Pukul 3.00 pagi aku terjaga dan tengok Aqil dah menyonyot jari dia.Kesian.Haus sangatlah tu.Aku turun ke dapur bancuhkan susu dia.Puting susu tu aku sapukan sedikit madu.Lega hati aku bila dia nak hisap susu botol tu sampai habis.Kemudian tidur balik.Aku pun tidur sekejap.Pukul 5.30 pagi,aku terjaga.kedengaran suara orang masjid membaca Al-Quran.Aqil haus sekali lagi.Aku turun ke dapur balik untuk bancuh susu dia.Dalam mata yang tertutup,laju Aqil menghabiskan susu dalam botolnya.Kemudian dia tidur balik.

Itu sebahagiaan rutin hidup aku sejak menjadi Bapak Budak 3 bulan yang lepas.Rutin itu akan berterusan.Pelbagai dugaan dan cabaran.Oh.malam tadi aku berbual dengan anak aku sebelum dia tidur.Tapi biarlah aku nak sambung dengan entri yang baru pula apa yang aku bualkan
Ayah!Pisss!!


4 comments:

StingRay said...

awat tak bagi breast feeding sendiri?

hahaa..calit susu sikit.

Euww....geli..

hahahahahahhaha..

ada said...

betul lah sama sebijik,. n muka matured,. bese la,. penat sikit, jaga bb, tapi seronok, kan??

PuteraOhtraBulan said...

Stingray :erkkk..amik susu pekat manis letak dekat *&$#$ sendiri..lepas tu jilat..wakakakakaa

ada:Anak ayah..seronok?mestilah seronok.Ada dah kawen?

ada said...

belum kawen la,. adoi! anak dara lagi nih,..
tapi ader pengalaman menjaga anak2 sedara seramai 12 orang,.