19 September 2010

Ziarah-menziarah Raya

Oh hari Sabtu,aku sangat penat hari ini kerana melaksanakan kerja-kerja rumah.Ketika aku sedang menaip 'alphabet' pada keyboard ini,kedengaran suara awek-awek dekat bawah tingkat satu ( dalam rumah aku ler,kan rumah aku 2 tingkat ) sedang ketawa2x sambil menyebat biskut raya rumah aku.Dia orang kawan isteri aku yang juga satu tempat kerja.Kerja mana?kerja kat hospital lah.Lambat betul nak datang raya.Kul 11 malam baru hendak raya dekat rumah aku.Orang dah nak tutup lampu bilik tidur.Pasang lilin wangi2x lagi biar tidur lena.Tapi tidak mengapalah,orang hendak datang berhari raya dekat rumah kita,terima sahajalah.Awek-awek ni atau dalam bahasa saintifik 'Chikaro' bukan setakat hendak datang beraya,sambil2x hendak kacau anak aku tu.Diaorang nak agah-agah,timang-timang,cium peluk.Paling best dapat riba anak aku ni.Nasib baik bukan bapak budak nie diaorang nak riba.Aku sebagai bapa mithali yang pemlau dan penyegan,aku terpaksalah naik atas untuk memencilkan diri sebentar.Hari ini mereka yang datang berhari raya rumah aku sangat beruntung kerana 'wife' aku telah masak masakan istimewa.Mee Kari.Dari pagi dah keluar ke pasar untuk mendapatkan bahan-bahan untuk masak mee kari.Kemudian 'wife' mula memasak.(Ingat kaum lelaki yang ingin beristeri.Dapatkanlah isteri yang pandai memasak walaupun hanya ada ikan bilis sahaja di rumah anda.Tahulah isteri kita menggayakan ikan bilis itu apa yang nak dimasak nanti )Aku pula membuai anak,membasuh baju,menyidai baju dan seterusnya melipat baju.Itu satu rutin broo.dan menunjukkan betapa sang suami mampu menolong isteri membuat kerja rumah macam aku ni haa.Aku pun dapatlah beraya dua buah rumah.Alaaa.rumah jiran tetangga saja.Oklah tu.Esok Ahad aku beraya 2 buah rumah lagi.Lusa aku dah kena pergi kursus 4 hari dekat Port Dickson.Hangin jugak.Mana tidaknya hangin seminggu naik kerja,kena pergi kursus 4 hari.Jauh pula tu.PSM ( Pengurusan Sumber Manusia ) Ibu pejabat agaknya tidak sabar2x hantar staf pergi berkursus setelah lama berehat kerana Ramadhan.Tidak boleh tunggu lepas rayal.Oeh kerana itu,terpaksa lah minta tolong member hantar dan ambil 'wife' aku pergi kerja.dan ambil Aqil anak aku dekat rumah pengasuh.'Wife' ada lesen memandu.Tetapi tidak berani memandu lagi.Aku pun belum yakin lagi dia boleh memandu dengan baik disebabkab beberapa faktor.Walau bagaimanapun,terpaksa juga 'wife' aku kena 'drive' sendiri nanti.Takkan nak harapkan kawan aku shj utk hantar - ambil 'wife' aku.Nanti apa jiran kata.Iyelah.balik dari kursus.aku ajarlah 'wife' aku kembali memandu.Biar sampai pandai.Apa yang boleh aku simpulkan,hari ini adalah hari yang terbaik untuk aku dan isteri kerana dapat meyediakan juadah hari raya yang 'special'.Alhamdulillah.Disini saya ini mengucapkan terima kasih kepada rerakan taulan,Dewiyana,( Birthday dia pada hari ini ),Syarol dan famili serta adik ipar dan famili ( dia ni sokong team Arsenal ) kerana datang berhari raya dirumah aku.Banyak-banyak terima kasih woo..
Mee Kari..Wallaaaaaa........



Haa..melantaklah ko Dewi.Nanti ko dah balik Sarawak tak jumpa lagi Mee Kari ni 'wife' aku ni.
Ada banyak lagi nih.Kat dapur ada seperiuk besar lagi

 P/s : Entri ini ditulis pada hari ini.Malam tadi tidak sempat untuk updated blog.
        Pernah dengar cerita seseorang yang sedang mengandung,tiba-tiba didapati kandungan dia hilang ketika  mencecah usia 4 bulan?Salah seorang Biras aku telah mengalami kejadian itu 2,3 hari yang lepas.Nanti aku ceritakan disini


 


No comments: