17 September 2010

7 SYAWAL = Raya masih meriah lagikan?


7 SYAWAL = Raya masih meriah lagikan?
Pejam celik,seminggu sudah Hari Raya diraikan.Semalam sempena cuti Hari Malaysia,keluarga aku datang ke rumah aku dari kampung.Yang membuatkan aku terharu,emak aku cakap,tidak payah masak untuk dia.Sebab dia dah masak dari rumah dan bawak bekal makan dekat rumah aku sahaja.Padahal aku pun dah membeli bahan-bahan untuk masak “special” untuk mereka.’Wife’ aku hendak masak Nasi Ayam Lada Hitam ( Rice Chicken Black Pepper ).Dengar namanya pun sudah membayangkan kesedapan menu istimewa itu.Tapi,bila emak aku kata jangan masak,’wife aku pun tidak lah masak nasi ayam tu.Lain kalilah.Jadi,emak aku telah masak gulai lemak cili api ayam kampung+nangka.Sedap betul masakan air tangan seorang ibu ni.Mana tidak boroi perut aku ni.Itu belum hari2x lagi makan masakan isteri.Bukan apa,ibu aku kesian dengan wife aku. ‘Wife’ aku shift malam semalam.Jadi sudah tentu penat sebab balik dari kerja tentu hendak tidur dulu.Walhal,isteri aku memang boleh masak sebenarnya.Aku pun boleh menolong isteriku didapur.Tiada masalah.Aku pun memang selalu rajin ke dapur untuk masak.
Keluarga aku datang dengan 2 buah kereta Nasional buatan Malaysia.( Kalau mampu ,hendak juga merasa kereta ‘Made In Japan’ pula) .Ayah,ibu,adik aku ( no.2).(No.3)tidak datang sebab kerja.Maksu aku dan dua orang anaknya.Ditambah pula dengan kehadiran abang ipar aku yang datang membawa 2 orang isteri,empat orang anak.Tenang2x sahaja abang ipar aku itu.Aku memang ‘respek’ pada isteri no.1 abang ipar aku itu.Sebab sudahlah dia izinkan kahwin lagi satu,siap pergi meminangkan untuk abang ipar aku ini. Respek tahap gabanlah.Jadi.memang lah penuh dekat rumah aku.Dan itulah pertama kali aku berhari raya dimana aku menjadi tuan rumah kepada seluruh kaum keluarga aku untuk berhari raya.Alhamdulillah.Hubungan kekeluargaan itu semakin erat antara kedua belah keluarga aku dan isteri.Aku nampak lihat perhubungan isteriku dengan ibu dan ayah aku amat begitu baik.Ibu aku sangat mengambil berat tentang isteriku dan anak aku.Isteriku pandai mengambil hati kedua orang tuaku.Malah,malam sebelum ibu ayah aku datang ke rumah aku.mereka berdua pergi rumah emak mentua aku dulu.Siap ajak emak mentua aku sekali pergi rumah aku.Aku memang betul2x bertuah.Dapak emak mentua yang sangat baik dan seorang ibu yang sangat baik.
Sampai aja,terus makan.Perut dah lapar         

 Makan lagi!
Bapak sedara borek,anak sedara rintik
Eksen Aqil.mentang2x baju dia sama dgn baju bapak sedara dia


No comments: