20 September 2010

Jom kita berkursus

Aku sedang berada di RISTEC Port Dickson.Baru sahaja selesai “ICE BREAKING”.Mengenalkan diri sendiri serta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan merupakan perkara wajib dahulu sebelum bermulanya kelas keesokan hari.Pasti ada ‘presentation kumpulan’ nanti.Kursus ini  adalah merupakan kursus yang kedua dalam tahun ini aku hadiri dan paling lama aku hadiri.Empat hari kira lamalah tu.Terpaksa tinggalkan isteri dan anak berdua sahaja.Dalam ramai-ramai peserta kursus,aku tidak nampak pun sahabat yang 1 ‘BASH’ dengan aku semasa mula-mula masuk kerja 5 tahun yang lepas.Ramai peserta daripada negeri Utara.Kedah,Perak,Pahang,Terengganu.peserta dari Johor beberapa kerat sahaja.Nasib baik ada seorang kawan dari Mersing.Duduk sebilik hotel.Fasiliti di tepat kursus ini sangat memuaskan.Macam duduk dalam hotel 3 bintang.Ada ‘WifI’ lagi.Boleh lah surf internet.Layan lagu band ‘Paramore’ sekejap.Baru sahaja selesai call wife tadi.Kesian sebab tinggal berdua dengan anak.Wife kata masak Maggie sahaja malam ini.Dah lapar sanga.tDekat tempat kerja tidak makan langsung.Sibuk.Ini lah pertama kali aku meninggalkan Isteri dan anak selama beberapa hari kerana aku berkursus.Kursus ini ialah kursus membuat minit mesyuarat,memo dan surat rasmi mengikut standard official yang telah ditetapkan.Bagus juga kursus untuk aku.memang aku tidak beberapa mengenai standard untuk menyediakan surat rasmi,memo dan minit mesyuarat.Tiru dan tengok pada yang format yang lepas-lepas.( entah betul,entah tidak ).Seminar bermula dari jam 8.30 pagi-10.00 malam.Pack sungguh.Hendak keluar dari bilik hotel pusing-pusing Bandar P.D takder transport .Almaklumlah menaiki kenderaan pejabat.Cal pakcik driver,dia tak angkat2x.Melopong aku sebab nak beli jajan-jajan untuk disebat tengah malam tak dapat.Nak jalan kaki jauh kedainya.haru biru malam ini…Adooiiiyaiiiiii..Sementara ni tunggulah minum malam sekejap lagi….Ntah apa juadah ringan untuk minum malam.Tetiba kedengaran massage tone Jason Mars handset aku.Sekali aku buka massagenya.. “Abang,tadi tak tutup paip jamban ea?Mesti bil melambung”…rugi aku…kenapalah aku lupa tutup pili air jamban itu tadiii….arrgghhhhhh……………
Aktiviti pertama dlm ICE BREAKING,membina bangunan tinggi dan kukuh.Tak menang pun

No comments: