24 September 2010

Kesian Aqil

Kesian nya pada anak aku         



Itu gambar anak aku semasa dia sudah di tahan dalam wad semalam.Kecil-kecil lagi dah kena cucuk ambil darah.Aku dapat mendengar tangisan anak aku yang kuat semasa diambil darahnya.Isteri aku menangis.Tapi apa hendak buat.Ambil darah untuk dianalisis mengesan bakteria yang berada di dalam tubuh badan anak aku.Setelah darah dianalisis dan mendapat pemeriksaan doktor klinik,doktor menyarankan aku agar membawa anak aku ke hospital.Aku bergegas membawa anak aku ke hospital.Ketika itu hujan sangat lebat dan di dalam hati aku berdoa semoga penyakit anak aku tidak teruk.Tiba di hospital.anak aku terus ke wad kecemasan untuk pemeriksaan doktor diiringi oleh isteriku.Setengah jam aku menunggu,kerani kaunter memberitahu bahawa anak aku di tahan wad.Perkara itu telah aku jangkakan."Ya Allah.Kuatkanlah semangat anak aku melawat demamnya itu.Aku menunggu di wad pead.( wad kanak-kanak ).10 minit kemudian , isteri aku bersama anak tiba.Seorang Medical Assistant bersamanya dengan satu sampul surat.Aku tahu bahawa itu ialah hasil x-ray anak aku.Aku bertanyakan kepada isteriku apakah hasil ujian x-ray.Dia kata anak ada sedikit jangkitan paru-paru.Jadi kena tahan wad untuk bagi antibiotik pada Aqil selama 3 hari.Oh.kesian anak aku dan isteri.Tetapi, memandangkan isteriku ialah seorang "MISI" di hospital itu juga,ia bukanlah satu perkara janggal bagi isteriku untuk tinggal di wad.Maklumlah,dia kerja shift.Jadi kerja shift malam sudah menjadi rutin dalam kerja dia.Cuma yang berbeza, kena temankan Aqil selagi Aqil di tahan dan tidur di wad.
         Aku pun balik rumah sebentar untuk mengambil baju dan barang keperluan anak dan isteri aku.Walaupun badan terasa penat kerana pada petang itu aku baru sampai dari Port Dickson,aku tidak hiraukannya. Makan pun tidak lagi.Kemudian aku ke hospital untuk untuk menghantar barang keperluan anak dan isteri aku.Pada masa aku sampai,mereka berdua tiada.Rupanya Aqil dipasangkan tube pada tangan yang kecil itu untuk menyuntik ubat.Aduh kesiannya.aku menemani anak aku sebentar dalam masa 15 minit.Pada masa itu dah malam.Pukul 9.30.Mana boleh lagi pelawat datang melawat.Aku bermain dengan Aqil sebentar.Mengagah dia.Cuba buat dia tersenyum.Dalam keadaan lemah dia senyum juga.aku bisik pada telinga dia , "Aqil,kamu kena kuat semangat lawan sakit kamu.Kan ayah sudah berada disisi kamu sekarang.Kamu demam kerana terlalu merindui ayah kamu yang berkursus 4 hari ye?Cepat lekas sembuh.Nanti boleh kita balik rumah dan jalan-jalan."Itulah pesanan aku pada Aqil.Walaupun mungkin dia tidak memahami,namun itulah doa aku untuk anak .Malam itu aku tidur seorang diri rumah.Namun tidak dapat melepakan mata.Aku tahu isteriku pun tidak dapat melelapkan mata nya juga.Dan pada tengah malam,dia message dengan aku yang anak aku meragam sebab hidungnya tersumbat dan batuk yang teruk smpai berbunyi kuat.Oh..Kuat betul semangat isteri aku.Abang sangat sayang kamu.
Anak aku diselimut dengan kain pelikat aku semasa dia demam agar dapat membau BAU aku
Pada hari ini ( Jumaat ) .Aku pergi ke ofis seperti biasa untuk mengambil GL ( Guarantee Later ) dan memaklumkan pada CC aku.Aku dapat excuse untuk tidak pergi ke majlis Perpisahan Pengarah Negeri jabatan.Pagi itu juga aku pergi melawat anak aku lagi di hospital.Isteriku kata malam tadi badan dia demam,dan telah bagi ubat ikut lubang 'dubur'anak aku.Alhamdulillah.suhu demamnya turun ke paras normal.Dia pun telah disuntik ubat antibiotik.Aku mendukung anak aku dan merasakan dia suka akan kehadiran bapaknya.Isteri aku kata dia susah hendak tidur.Iyelah macam mana nak tidur,Biasa berbuai dulu baru boleh tidur.Dekat hospital mana boleh bawa buaian.Begitu juga pada tengahari dan petang  tadi aku melawat anak aku dan isteriku.aku bermain dan mengagah anak aku.Supaya dia tidak bosan dan Aqil sangat suka didukung,dibelai dan dicium oleh ayahnya.
Dia sangat suka bila ditimang dengan ayahnya.
 Dan ketika entry ini hendak di habiskan,aku bertanyakan kepada isteri aku bagaimana Aqil malam ini?Sudah lena ke belum melalui pesanan teks.Isteri aku menjawab,Aqil tidak mahu tidur diatas katil.Tapi lena dipangkuan uminya.Demamnya pun sudah tiada.Cuma perlu melengkapkan antibiotik dia.Aqil pun berak banyak kali pada hari ini.Kata isteri,penyingkiran bakteria memang terus dari badannya ikut sama sekali.Semoga anak ayah ini sembuh dan sihat seperti sediakala dan boleh 'discharge' dari wad.Aku harap batuk dan selsemanya semakin kurang dan hilang agar Aqil selesa.

Khas aku tujukan mak bapak budak yang masih ada anak kecil ( terutama wanita yang masih menyusukan bayi lagi )kerana apa yang anak makan dan memberi susu bdan,mungkin ia datangkan kesan.Kalau isteri batuk,anak pun turut mendapat batuk juga

P/s : i) Jaga makanan yang kita ambil.Apatah lagi masih berhari raya.Jangan ambil makan berminyak dan ikut sedap tekak hendak makan.
      ii) Ambil kuantitti yang sedikit.Rasa-rasa sahaja makanan itu.
     iii)Jangan amalkan pengambilan air sejuk apatah lagi air bergas
     iv)Amalkan minum air masak suam setiap hari ,sebanyak mungkin.

Bapak budak pun kena amalkan pemakanan sihat jugak.



2 comments:

ada said...

eh, muka aqil macam muka bapak dia lah! comelllll

PuteraOhtraBulan said...

ada:Memang pun.gen bapak dia begitu kuat