15 September 2010

Keluarga Bahagia Aku sempena Aidilfitri Ini

Ini ialah keluarga aku dari 3 generasi.Gambar ini merupakan gambar yang paling terbaru.Diambil pada Hari Raya Yang Pertama.Mak ayah aku,adik-adik aku,isteri,anak dan nenda tersayang.Mak aku pula sgt suka bila dpt timang cucu pertama dia nih iaitu anak aku.Aku nak cerita sikit,ia kebetulan dan ketentuan Ilahi.Nenda aku atau aku panggil dia "Nenek" merupakan emak kepada ayah aku.Ayah aku merupakan anak pertama dari lapan adik beradik.Aku pun anak sulung kepada mak ayah aku.Dan juga merupakan cucu lelaki pertama di sebelah keluarga nenek aku juga.Anak aku yg sulung lelaki juga.Dan cucu pertama mak aku.Cicit no.3 untuk nenek aku.Ketiga-tiga cicit nenek aku semua lelaki.Wow..dekat Luh Mahfuz dah ditetapkan.Aku berasa bangga lah jugak.Sbb aku cucu pertama lelaki,anak sulong lelaki.Ikut bapak aku.anak aku lelaki juga.Nasib baiklah mak aku tak kepingin nak timang cucu perempuan.Sbb semua anak dia lelaki.Takpelah ibu.Next projek Insyaallah will be come...Cuma,aku terpikir lagi meriah kalo arwah atuk aku masih ada lagi sempena hari raya ini.Boleh lah dia timang cicit dia tinggi2x..Tahun depan,emak ayah aku terima menantu lagi.Besarlah keluarga aku lagi.Raya kali ini aku betul-betul merasa kemeriahannya!!!!!Yahoo....

No comments: