10 November 2016

Tiga Filem Genre ROCK Antarabangsa Yang Boleh di Tonton

Mesti ramai yang telah menonton filem arahan Mamat Khalid yang terbaru iaitu filem ROCK BRO yang mengisahkan tentang rentas masa kehidupan ahli kumpulan RIMBA BARA. ROCK BRO merupakan kesinambungan filem ROCK (2005) , ROCK OO (2014) dan filem terakhir bagi sebuah filem tentang muzik ROCK. Walaupun ketiadaan pelakon asal seperti  Que Haidar memegang watak Amy Mat Piah dan Hasnul Rahmat sebagai  Zubir (Zack) pemain gitar utama, tetapi Jijo Alfonso Pareira Abdullah (Khir Rahman) yang menjadi tunjang utama filem ini telah menjadikan filem ini begitu mengujakan, sampai ke jiwa dan sedap kepada para peminat ROCK. Namun tahukah kau bahawa ada filem antarabangsa mengenai band ROCK yang boleh ditonton. Aku harap kau tahu.

Kalau kau berjiwa rock, ini ialah tiga (3) filem rock antarabangsa yang boleh ditonton bagi pandangan aku.


1.       School Of Rock (2003)
Filem ini ditayangkan pada tahun 2003 mengisahkan Dewey Finn lakonan Jack Black yang mempunyai sebuah band rock bernama No Vacancy. Kau mesti tahukan macam mana ‘atitude’ Jack Black ini. Seorang yang gila-gila tapi mengujakan.Di dalam filem itu mengisahkan Dewey Finn seorang pemain gitar yang sangat energetik dalam membuat persembahan pentas tetapi terlebih pula sehingga tidak disukai oleh ahli kumpulan yang lain. Pada masa itu, No Vacancy sedang membuat persiapan dalam menyertai pertandingan “Battle Of The Bands” . Kemudian dia telah digantikan dengan seorang pemain gitar yang lain. Dewey Finn rasa amat kecewa kerana dia telah disingkirkan dari kumpulannya. Sudahlah dia tiada pekerjaan, namun secara kebetulan rakan serumah yang menyewa bersamanya bernama Ned Schneebly mendapat panggilan telefon dari sebuah sekolah untuk menawarkan pekerjaan sebagai guru pengganti. Oleh kerana telefon itu diangkat oleh Dewey Finn, dia menyamar sebagai rakannya dan bersetuju sebagai menjadi guru pengganti. Dewey Finn sebenarnya telah terdesak untuk mencari kerja kerana dia telah lama tidak membayar sewa rumah yang didudukinya. Maka bermulalah rutin penyamarannya sebagai seorang guru pengganti di sekolah elit dan dia telah berjumpa dengan pelajar-pelajar yang berbakat dalam bermain muzik. Di situlah bermulanya band “School Of Rock” yang power. Bagi aku “storyline” filem ini memang power.
Nota : Jack Black mempunyai sebuah kumpulan yang bernama Tenacious D.


2.       Metallica Through The Never (2013)
Kalau kau seorang die hard fan Metallica, tentu kau tidak akan lepaskan peluang untuk menonton filem ini. Filem ini kategori seram  telah ditayangkan pada tahun 2013. Namun filem ini bukanlah  mengisahkan tentang Metallica semata-mata dan terus terang aku beritahu filem ini dari segi “StoryLine” agak mengarut dan mengecewakan. Walau bagaimanapun ,kau menonton filem ini pun seperti kau menonton konsert Live “Quebetic Magnetic” sampai habis. Filem ini mengisahkan tentang seorang budak suruhan (krew) kepada kumpulan heavy metal ini yang bernama Trip yang diarahkan untuk menghantar barang yang sangat penting kepada kumpulan Metallica dari sebuah van krew Metallica yang rosak di tengah perjalanan. Pada masa itulah banyak rintangan dan perkara yang tidak disangkakan dihadapi oleh Trip yang mengarut.  Kau pun banyak menikmati rangkaian lagu yang power dari Metallica. Filem ini lebih banyak mendapat kritikan berbanding pujian dari mereka yang telah menontonnya. Kau cubalah layan filem ini nanti.



3.       ROCKSTAR (2001)
Apabila aku tonton filem ini, terkejut juga bila lihat Mark Whelberg menyanyi lagu rock dalam konsert di filem ini. Namun usah tertipu kerana kebanyakan lagu Mark Whelberg nyanyikan cumalah ‘miming’ sahaja tetapi real dia buat seperti nyanyian suara sendiri. Mark Whelberg yang memegang watak sebagai Chris Izzy Cole seorang penjual barang kelengkapan pejabat yang sangat meminati kumpulan Steel Dragon pada masa itu. Kehidupnya berubah 360 darjah setelah dapat menggantikan penyanyi asal kumpulan Steel Dragon itu sehingga dia menjadi superstar. Filem ini berlatarbelakang zaman 1980an dulu ketika arena rock sedang berkembang dengan kumpulan seperti Judas Priest, Def Leppard, Motley Crue, Bon Jovi dan lain-lain. Dalam filem ini, ia mengisahkan, persahabatan, persefahaman, keterujaan, percintaan terhadap muzik rock. Bergaduh dengan pemain gitar sendiri semasa sedang beraksi dalam konsert bagi aku adalah satu scene yang terbaik yang boleh aku katakan.Kau tengoklah sebab heroinnya bekas bini Brad Pitt pun ada.



Cukup ini sahaja filem bergenre ROCK yang boleh aku katakan boleh ditonton terlebih dahulu. Sebenarnya banyak filem rock antarabangsa yang telah dihasilkan. Tetapi filem-filem lain itu tidak mendapat menarik minat untuk aku menontonnya. Namun kau boleh komen bagi cadangan filem ROCK lain yang boleh ditonton khususnya peminat muzik Rock seMalaysia.

1 comment:

Uncle Zuan said...

school of rock tu memang best