24 May 2016

Akhir Louis Van Gaal Angkat Kaki

Tidak sampai seminggu Louis Van Gaal membawa kejayaan kepada Manchester United untuk memenangi Piala FA yang ke 12 dalam perlawanan yang sangat dramatik dengan Crystal Palace, beliau telah pun dipecat oleh pengurusan tertinggi kelab Red Devils. Ini bermakna Louis Van Gaal dan para staf kejurulatihannya telah mengangkat kaki serta merta keluar dari kelab berkenaan.  Louis Van Gaal yang pernah membimbing kelab negara Jerman, Sepanyol dan jurulatih skuad kebangsaan Belanda telah mula mengambil tugas daripada Ryan Giggs yang menjadi jurulatih sementara selepas David Moyes turut dipecat bermula pada tahun 2014. Beliau menandatangani kontrak bersama Manchester United  selama tiga tahun sehingga 2017. Kejayaan menggondol Piala FA kali ke 12 tidak cukup membantu mempertahankan jawatan sebagai seorang jurulatih di kelab ternama.




Bye-bye LVG

LVG yang berusia 64 tahun pernah berkata kepada wartawan bahawa beliau ingin bersara sepenuhnya daripada menjadi jurulatih bola sepak demi mengotakan janji kepada isterinya dengan menghabiskan sepenuh masa kepada keluarga, anak dan cucunya.LVG telah memulakan karier sebagai seorang jurulatih pada tahun 1986 sebagai pembantu jurulatih di kelab AZ Alkmaar. Selepas ini, tidak pasti apakah LVG akan bersara secara rasmi atau menanti tawaran sebagai jurulatih dari kelab lain atau tugasan jurulatih skuad negara pada masa akan datang pula

 
FA CUP 2016 ke 12

Diucapkan selamat maju jaya kepada LVG. Umumnya , faktor kelab Manchester United memecat LVG telah pun diketahui Lembaga kelab ingin melantik Jose Mourinho bekas Jurulatih Inter Milan, Chelsea dan Real Madrid sebagai jurulatih yang baru bagi musim 2016/2017. Ketika hari perlawanan Piala FA berlangsung, dikatakan Lembaga Pengurusan Kelab Manchester United sedang berunding dengan Jose Mourinho untuk mencapai kata putus isi kandungan dalam kontraknya. Sebelum ini jurulatih kelahiran Portugal menafikan seketika yang beliau akan dilantik menjadi jurulatih skuad Red Devils itu. Walhal beliau dan ejennya telah beberapa kali berjumpa dengan CEO Ed Woodward membentangkan pelan pembangunan skuad Manchester United pada awal tahun ini. Apakah Jose Mourinho boleh mengembalikan kegemilangan Manchester United pada musim depan?

Dan…………….



Adakah Ryan Giggs juga akan meninggalkan kelab yang sangat dicintainya?

Baca Manchester United , Glory?Glory?

1 comment:

MrJocko said...

Rasanya LVG pun ada input menarik juga utk MU,,,
harap lepas ni JM akan tambahkan kekuatan MU utk sesi 2016 - 2017 :)