17 November 2014

Kelas Buat Blog Wordpress

Nampaknya beruntung orang Kota Kinabalu khususnya mereka yang ingin terjun ke dunia blog kerana Akademi Denaihati akan mengadakan kelas Buat Blog Wordpress di negeri Di Bawah Bayu itu pada 29 hingga 30 November 2014.Sebelum ini Akademi Denaihati telah mengadakan kelas Buat Blog Wordpress pada 15 dan 16 November 2014 yang lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peserta yang menyertainya.Komen positif dari orang-orang Kota Kinabalu memberikan semangat kepada orang kuat Akademi DenaiHati untuk terbang ke sana bagi berkongsi ilmu dunia blog.Kelas ini terbahagi kepada dua ( 2 ) sesi.Pada hari pertama ,untuk peserta yang baru sahaja ingin menyertai dunia blog dengan menggunakan platform Wordpress secara asas.Hari ke 2 ialah Kelas Lanjutan bagi peserta yang ingin menambahkan ilmu dan kemahiran penggunaan Wordpress.
Aku salah seorang blogger baru merangkak-rangkak yang ingin menyertai kelas Buat Blog Wordpress ini kerana banyak kelebihan seseorang blogger menggunakan platform Wordpress terutamanya untuk menjana 'income" melalui blog.Ini merujuk kepada satu entri yang telah ditulis oleh seorang blogger ( lupa plak siapa bloggernya ) tentang kelebihan menggunakan Wordpress.Jadi aku berharap Akademi Denaihati dapat merancang untuk mengadakan kelas Buat Blog Wordpress pada bulan Januari 2015 supaya aku boleh menyertai kelas itu di area Kuala Lumpur.Ini disebabkan pada bulan ini sehingga bulan depan aku terlibat dalam persiapan majlis perkahwinan adik lelaki bongsu.Sebagai abang Long,dan tiada ayah di sisi,ibuku banyak menyerahkan tanggungjawab dalam membuat persiapan perkahwinan adikku yang akan berlangsung pada 28 Disember 2014.Pada 05 Disember 2014 adikku bernikah di Machang Kelantan.Hmm..dapat menantu orang jauh emak aku.
Oleh demikian selamat maju jaya dalam penyertaan Kelas Buat Blog anjuran AkademiDenai Hati untuk orang Sabah.Semoga 2015 boleh menjadi tahun aspirasi kalian untuk mencapai matlamat yang diinginkan termasuk diri aku.

Berminat daftar di pautan ini ya Daftar Kelas Buat Blog

2 comments:

KiD said...

terima kasih kerana bercerita dan secara tak langsung promosi kelas di Sabah ini..

wan muliani said...

kelas wordpress terbaik..