04 October 2014

Jalan-jalan kaki makan.

Jalan - jalan kaki makan,bukan jalan - jalan cari makan.Kebiasaan  pada hari Sabtu dalam sebulan sekali aku dan isteri termasuk emak mentua akan ke pasar tani Gemas untuk mencari lauk.Terdapat pelbagai jenis barangan basah seperti ayam , ikan dan daging lembu / kambing termasuklah sayur-sayuran. Selain itu terdapat juga peniaga menjual makanan siap dimakan kuih muih dan lain2x dan juga pakaian. Pasar tani Gemas terletak di belakang kawasan tapak pasar tani berdekatan dengan stesen bas Gemas.Cuma pada hari ini agak kurang orang disebabkan hujan lebat.
Pasar tani merupakan satu alternatif atau pilihan mereka yang kurang gemar ke supermarket ataupun pasar biasa.

2 comments:

Cik Lily Putih said...

suker kuih cucur... sedap tuh

Norliza Osman said...

Lemang tu nampak sedap....raya ari tu tak puas makan lemang.