18 September 2014

Tips Apabila Berkursus Rasa Seronok!!

Sudah 2 minggu berturut aku di hantar berkursus oleh jabatan aku. Kursus bagi penjawat awam perlu dipenuhi 7 hari dalam setahun dan akan dimasukkan ke dalam SKT kita. Pada minggu lepas aku menghadiri kursus Perancangan & Belanjawan Efektif.Pada minggu ini pula menghadiri  Kursus Team Building pula selama 3 hari 2 malam. Namun demikian kursus yang di hadiri kali ini lebih santai kerana ia di kendalikan oleh konsultan. Kalau kursus konsultan ini tidaklah sangat formal berbanding kursus dikendalikan sendiri oleh Bhgn Pengurusan Latihan & Sumber Manusia.Seperti kursus yg lepas juga dikendalikan oleh konsultan,begitulah kursus yg sedang aku hadiri kali ini.Tidak perlu berpakaian formal (pakaian pejabat ).Hanya berpakaian tshirt dan berseluar tracks sahaja.Seronok sebenarnya memgikuti kursus team building ini walaupun Instructor tadi bertanyakan soalan pada semua peserta samaada mengikuti kursus ini paksa rela,terpaksa atau sukarela ?Aku jawab dipersimpangan dilema tuan!.Dan dia belajar ilmu baru dari aku katanya.Sebenarnya itu idea yg secara tiba2x keluar dari minda benakku.Banyak manfaat yang kita perolehi daripada kursus sebegini.Mana tidaknya dalam bekerja setiap hari kita di hadap dengan kerja hakiki kita yg kadang2x menekan kita,yg membuatkan kita stress.So.inilah masanya kita beristirehat dalam kerja sambil mencari ilmu,memantapkan diri,memotivasikan diri dan menyegarkan minda.Sambil2x mencari kawan baru.Namun mungkin ada beberapa tips lah untuk kita dalam menghadiri kursus.Bukan apa ada dikalangan kita bukan gemar sangat pergi kursus.Macam aku katakan tadi,ada yg terpaksa,sukarela,paksa rela .pergi kursus kerana ada kawan.Takde kawan cari alasan untuk tidak pergi.Kursus tempat jauh dan macam2x lagi.Ok disini tipsnya agar kita berasa sangat seronok dalam kursus
1.Bukan setakat ilmu yang dicari malah,menambahkan ramai sahabat baru
2.Betulkan niat yang utama kita dalam menghadiri kursus kerana Allah s.w.t
3.Buka minda,buka hati supaya kita berada dalam selesa
4.Dalam kursus kita adalah sama.Tinggalkan uniform atau jawatan diluar kursus.
5.Ilmu yang didapati dimanfaatkan untuk sendiri dan dimanfaatkan untuk orang lain.
Semoga dapat dimanfaatkan.

3 comments:

Kekzamanis said...

Assalamualaikum PuteraOhBulan! Datang singgah sini dari #KBBA.. Sorry lambat terjah.. Hehe..Btw, salam kenal..
Rosmiza Ali Official Blog™

norhasnizakhalid said...

mama singgah ..

salam jumaat

Unknown said...

Akak bila singgah..semua entry nak komen..huhu..