20 September 2014

Kisah si Bunga Dahlia

Itu anak aku nombor 2.Namanya Dahlia.Nama panjang Annur Dahlia Iffah.Seorang yang berdikari dan pandai membawa diri sejak dalam perut lagi menurut kajian DMFK bagi sifat anak nombor 2.Dia sama dengan isteriku yang juga anak nombor 2.Apa buktinya?Buktinya ialah di awal kehamilan, isteriku tidak mengalami mabuk2x atau muntah2x ketika itu dan tiada pula isteri ku rasa mengidam nak yang susah aku nak cari.Setakat isteri hendak makan daging ayam hutan senang aja.Minta aja adik ipar aku carikan kerana dia seorang pemburu ayam hutan.Apabila dikurniakan seorang puteri dalam hidupku menjadikan ia keluargaku lengkap.Sudah ada anak lelaki dan perempuan.Ditambah pula anak aku yang nombor tiga lelaki yang berusia 4 bulan,maka Dahlia automatik menjadi Kak Ngah.Baru berusia setahun 10 bulan,dah boleh berlari,melompat,memanjat,mengayuh basikal dan sebagainya.Sedikit sebanyak dah boleh bercakap 4,5 patah perkataan macam ayah, umi,air,aqil,ibu dan atuk.Kalau dia marah sangat comel.Teringat blogger Hasrul Hassan yang menceritakan tentang bagaimana dia mendidik dan menjaga anak perempuannya sebaik mungkin.Pada 18 November 2014 usianya genap 2 tahun.Belum pernah lagi hari lahirnya diraikan oleh aku dan isteri.Pada tahun lepas dia mengalami chicken pop.Jadi tiadalah membuat majlis hari jadinya.Seronok ada anak perempuan ni.Kalau hendak tahu bagaiman mendidik anak perempuan, jengoklah blog Hasrul Hassan.
Apa yang penting kita sebagai ibu bapa sentiasa menimba ilmu keibubapaan agar kita mantap dan bersedia dalam mendidik anak pada zaman millenium yang banyak cabaran.Aku suka nama Dahlia.Kenapa aku suka nama bunga?Semasa usia kandungan isteriku 8 bulan,kami berbual mengenai hal kerja.Isteriku ini berceritalah tentang hal kerjanya dan dia menyebut seorang doktor yang bernama Dr.Mawar.Aku seperti terpana nama itu.Sedap nama Mawar.Selepas itu aku bercita2x hendak menamakan anakku nama dari sejenis bunga.Pada ketika itu aku suka nama bunga Yasmin/Jasmin.Cuma rasanya ia tidak kena pula.Jadi aku membiarkan dulu sehinggalah isteriku selamat melahirkan dia.Pada hari ke 7 melalui firasat aku :) ,nama Dahlia sebagai nama tengahnya.Diantara Dahlia itu aku letakkan pula Annur dan Iffah.Digabungkan menjadi Annur Dahlia Iffah bermaksud Cahaya Bunga Yang Dilindungi.
Jadi adakah pembaca blog diluar sana ada juga seorang anak yg bernama bunga?


4 comments:

Rosmiza Ali said...

Dahlia.. Sedap nama tu.. Secomel tuan empunya nama.. ^^,
Rosmiza Ali Official Blog™

armila style said...

Panjang name gegel die. Semoga jd anak yang solehah dahlia.
http://www.armilastyle.blogspot.com

anajingga said...

comelnya..cantik blous Dahlia..namapun cantik sangat.. permata hati lah katakan ye.. :)

Miela Asmila said...

Betul...kita oerlu ada ilmu untuk jadi ibu bapa yang terbaik..dunia sekarang tak sama macam zaman kita dulu... Comel si kecil...akak xada anak perempuam..huhu...x blh pakai blouse mcm dahlia..