08 September 2014

Nasib seorang blogger


Blogger parttime macam aku memang kena menjadikan setiap saat itu berguna.Apa tidaknya,aku mesti menggunakan masa yg terluang untuk menulis artikel dalam blog Puteraohtrabulan ini.Bila ada idea sahaja,aku terus tulis di handset dulu.Kadang2x entri aku dapat disiapkan di gajet ini dan terus di publishkan.Cuma aku kena buat edit atau pembetulan di laptop pula.Apabila aku berada di rumah,susah sikit nak buka laptop.Nanti anak2x aku nak tolong juga.Jadi ada kesempatan aku buat di ofis sekejap.Aku berusaha untuk blogwalking di blog2x baru.Tinggalkan komen dan follow blog mereka.Menjadi seorang ayah kpd 3 orang anak yg masih kecil dan husband jururawat merupakan satu cabaran.Jururawat bukannya kerja ofis hour beb.Kalaulah masuk pukuk 7.00 pg balik pukul 2ptg,jgn haraplah.Pukul 5 baru sampai rumah.Bila dia balik rumah dah letih dan penat.Jadi kena la tolong buat kerja rumah.Asal aku cuti,memang jaga anak di rumah.Masak,mandikan anak,kemas rumah,menyapu,mop lantai.Tapi tak terbuat juga semasa anak2x ini sedang bermain.Masa tido diaorang barulah boleh habiskan kerja rumah.Maunya tidak penat. Kadang2x member ofis ajak main futsal kw badminton,tidak terpegi aku.Ini aku dah smbung belajar.Kena bahagikan masa.Terpaksa mendisiplinkan diri agar apa yg hendak dilakukan berjalan lancar.Tambah lagi tanggungjawab aku ialah sbg seorang pelajar e-pjj pula.Celah masa manalah pula untuk aku buat assignmentnya lagi..
Namun aku yakin,dah ramai suami kat sana sehensem aku boleh buat kerja rumah bantu isteri dengan rela hati.Itu sebab cabaran 30hari KBBA tidak dapat aku ikuti buat masa ini.
(Relahati ada makna tu).Yang si isteri,hargailah si suami,tunjukkan penghargaan.Bagi apa yg suami mahu....

7 comments:

faizalnizam said...

Aku pun tak sempat nak join cabaran tu. Update blog semingu dua tiga kali je.

PuteraOhtraBulan said...

Salam Faizal Nizam.Berkejar-kejaran masa kita bro.Baru terasa masa itu ibarat pedang tajam.Jemput follow blog kawan ye..terima kasih :)

Norma NML said...

As slm...mula2 mmg mcm tu if dah biasa sure rasa x sng kalau x uopdate blog..
p/s : akak nominate awak utk Liebster Award ye..sila singgah blog akak..:-)
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

PuteraOhtraBulan said...

Ok terima kasih
;) sudi komen blog yg tak seberapa ni

edrina said...

Semoga urusan dipermudahkan.. mmg tersemput2 cari masa kan hehe.. dah faham sgt dah..sebab dulu pun pernah kejer shift plus tak der maid. mmg kena saling bantu membantu.

HaziziYusof said...
This comment has been removed by the author.
HaziziYusof said...

FAHAM SANGAT PERASAAN TUU... SAYA ADA 2 ORG ANAK.KEKADANG MEMANG X ADA MASA NAK BUAT PEKARA LAIN SBB KENA DAHULUKAN ANAK-ANAK DAHULU.WIFE PUN BANTU SAMA2 BERKERJASAMA :)
TAPI SKANG NI KURANG CKIT SBB BUAT JADUAL ATURAN KERJA UNTUK DIRI SENDIRI JADI MUDAH KERJA DAN URUSAN LAIN NAK DIBUAT..

NANTI KELAPANGAN SINGGAH KE BLOG KAMI YER ... SANA ADA MURAH..MURAH..MURAH...TERBAIK ❤❤❤

CLICK >> http://izzium2u.blogspot.com/