27 August 2014

Manchester United Glory ? Glory ? Glory ?

Berita perpindahan mengenai Angel De Maria telah di ketahui secara umum oleh peminat KIPAS SUSAH MATI Man.United.Kejayaan Man.United untuk merekrut pemain ternama merupakan tonik terbaik bagi kelab berkenaan dalam mengembalikan Man.United ke landasan sebenar.Aku sudah lama tidak membuat sebarang artikel mengenai kelab Man.United dari semasa ke semasa.Kejatuhan Man.United pada musim lepas hinggalah pemecatan David Moyes membuatkan kelab Man.United di ketawakan oleh peminat kelab lain. Nampak puas hati mereka Man.United jatuh ke tangga 7 sehingga untuk mengambil bahagian dalam liga europa pun tidak layak.Aku berharap kehadiran jurulatih baru Louis Van Gaal menghadirkan sinar yang lebih baik :) di kelab Man.United.Beliau di yakini boleh membawa Man.United dalam kelompok 4 teratas liga.Sewaktu pra musim,Man.United menunjukkan persembahan yang membanggakan.Kelab United menang semua perlawanan persahabatan sehingga memenangi piala jemputan.Dalam final ,Man.United berjaya mengalahkan gergasi kelab Sepanyol Real Madrid.Louis Van Gaal menutup mulut Carlos Ancheloti yang mengkritik bahwa kelab Man.United memerlukan masa menyesuaikan diri dalam sistem yang diterapkan oleh LVG.Namun setelah 2 perlawanan liga,Man.United seperti tidak bersedia lagi.Kekalahan kepada kelab Swansea 2-1 di gelanggang sendiri dan seri 1-1 dengan Sunderland menyaksikan peminat berasa hairan.Man.United menyaksikan perubahan besar-besaran pemain di mana Ryan Giggs menggantungkan but seterusnya menjadi pemb.jurulatih kanan LVG.Rio Ferdinand mengangkat kaki keluar dari kelab dan bermain untuk QPR pula dalam usia 35 tahun.Nemanja Vidic dari awal musim lepas sudah mengumumkan bahawa kontraknya sehingga setakat 2013/2014 dan berpindah ke Inter Milan.Pertahanan kiri yang boleh diangkat sbg pertahanan kiri terbaik dalam tempoh sedekad di Man.United Patrick Evra turut berpindah ke kelab Italy Juventus.LVG merekrut Andrea Harrera dari Real Betis seorang midfield.Luke Shaw dari Southampton dan Marco Rojo yg juga seorang pemain pertahanan.Mereka masih muda lagi dan boleh meningkat lagi menjadi pemain yang berkualiti.Menjadi sebahagian pemain Man.United memerlukan mereka bekerja keras meningkatkan prestasi agar membawa kejayaan kelab sekurangnya dapat memenangi 1 piala.LVG masih lagi bernafsu untuk membawa pemain terbaik dunia masuk ke kelab Man.United.Di khabarkan Bos Besar Man.United meningkatkan tawaran ke atas Juventus bagi memancing Arturo Vidal sebanyak 35 juta pounds sterling.Begitu juga pemain Ajax.David Blind pemain Belanda yang mewakili negaranya dalam Piala Dunia.David Blind berminat untuk berlatih di bawah LVG.Cuma kelab Ajax degil hendak melepaskan dia.Diharapkan pemain yang dipancing lagi berjaya di bawa masuk ke kelab untuk menguatkan pasukan sebelum jendela perpindahan di tutup 31 Ogos ini.
Pemain lain yang di khabarkan akan mengangkat kaki ialah Anderson yang diminati kelab Portugal,Javier Hernandes.Kelab Inter Milan turut berminat mendapatkan pemain ini.Kemungkinan pemain muda seperti Wilfred Zaha dijual dan yang patut dijual juga ialah si rambut sarang tebuan Maraounei Fellaini.Ini semua salah DM tak pandai menilai kualiti MF .

ha.ha.ha.pandai betul aku buat ulasan pasal Man.Unitedkan.Baiklah setakat itu sahaja.Aku hendak mencari jersi sponsor baru Man.United.Chevrolet.Bagus.macam ginilah company kereta taja Man.United.Selepas ini Proton,Perodua dan Naza boleh gabung try pula sponsor kelab besar macam Liverpool ke Chelsea ke Arsenal ke atau Man.United.Kurang2x nampaklah imej global jenama kenderaan Malaysia menjadi bualan rakyat kota London kan...

Setakat artikel ini di tulis , Manchester United telah mengalami kekalahan yang kedua 
Kalah dalam Piala Liga dengan Mk-Dons 4-1

Badi Moyes masih lagi bertebaran dalam kelab agaknya.
Pening jugak Owner Kelab Man.United

Aku takde hal pun... :)
Biasalah , hero kalah dulu..

6 comments:

Naomie Liocc said...

salam
hai, numi dah follow.. BW kt blog awak

org segamat rupanya.. MY hubby pun org segamat..

Salam perkenalan.

Naomie Liocc said...

salam
hai, numi dah follow.. BW kt blog awak

org segamat rupanya.. MY hubby pun org segamat..

Salam perkenalan.

ummizarra said...

Hamboiiii peminat tegar MU gamoknye.. Org segamat dekat lah yerk.. peace. ✌

PuteraOhtraBulan said...

salam perkenalan pada nomi..org segamat juga.segamat sebelah mana? ;)

PuteraOhtraBulan said...

Nak kata tegar,taklah tegar sgt...sbb da tak bujang da.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sama-sama boleh jadi peminat MU. Jom join segmen yang saya anjurkan Putera.