Kemerdekaan ke 57 tahun adalah satu hadiah paling tidak
ternilai harganya yang di kecapi oleh generasi muda pada hari ini . Maka
berbanggalah kita menjadi warga Malaysia. 31 Ogos 1957 ialah tarikh
keramat.Pada tarikh itulah gegak gempita laungan Merdeka sebanyak 3 kali oleh
Allahyarham Tunku Abdul Rahman Al-Haj di susuli dengan laungan Merdeka oleh
rakyat di stadium Merdeka. Malaysia sudut Kita hidup dalam masyarakat majmuk . Ada
Melayu , Cina dan India seterusnya minoriti kaum yang lain. Itulah warna-warni
Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia wajar menghayati prinsip Rukun Negara .
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang – undang
5. Kesopanan dan kesusilaan.
Rukun Negara adalah sempadan kita daripada melakukan tindakan yang
melampaui batasan yang mana boleh menganggu gugat kestabilan negara Malaysia atau
menyebabkan perpecahan perpaduan keharmonian di antara kaum dengan kaum yang
lain. Dalam menyambut kemerdekaan yang tinggal beberapa hari lagi,kita seorang blogger dan ibu bapa juga haruslah memberitahu dan menerangkan apakah erti sambutan kemerdekaan negara
Malaysia kepada anak-anak kecil kita. Kita haruslah menyemaikan sifat-sifat kendiri yang baik kepada
anak-anak kita kerana kitalah juga menjadi rujukan yang terbaik kepada mereka
Tanah tumpah darahku , di mana bumi ku pijak di situ langit ku junjung ,
hujan emas di negara orang , hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri
sendiri . Peribahasa yang di karang oleh orang lama dahulu menunjukkan begitu
kuat kecintaan mereka kepada ibu pertiwi. Kita juga boleh lihat sukan bola
sepak , sebelum Malaysia akan melakukan sepak mula , lagu Negaraku berkumandang,maka bergemalah
lagu Negaraku penuh semangat oleh para penyokong. Mereka berdiri tegak ,
menyanyikan lagu dengan bersemangat .Jikalau kamu lihat dengan teliti pasti ada
yang mengalirkan air mata.
Itulah sifat jati mereka , kerana bola sepak mereka sangat menyintai Negara kita
Malaysia.Kita contohilah semangat mereka.Kepada para komuniti blogger , aku mengucapkan salam Merdeka. Semoga kita menginsafi apa yang telah berlaku terhadap negara kita pada masa sekarang ini.
Terima kasih kepada Tuan Blogger Hasrul hassan kerana membuat segmen khas ini sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57.
14 comments:
selamat menyambut hari kemerdekaan...
Salam Merdeka pada anda juga bro... :)
selamat bersegmen dan selamat menyambut hari kemerdekaan :)
selamat bersegment dan semoga sukses. selamat menyambut kemerdekaan negara kita yang ke 57.
salam kemerdekaan
selamat bersegmen dah tahniah telah tersenarai ke bloglist sifu HH ^__^
terbaik!
cinta sejati pasti melahirkan rakyat berbakti =)
salam merdeka juga pd Puteri Kasih
Terima kasih Blogger Mimbar kata
Terima kasih Tuan Blogger Denai Hati.Salam Merdeka pd tuan juga dan sentiasa sukses selalu
Tersenarai dalam bloglist Sifu Hasrul Hassan adalah satu penghargaan.Salam merdeka pasa anda juga :)
Salam bro.salam merdeka pada bro juga .
Salam kemerdekaan... selamat bersegmen. Semoga berjaya tersenarai ke bloglist Hasrul Hassan.
Assalamualaikum... kecintaan kita pada negara tetap bersemikan... semoga berjaya.
Post a Comment