28 August 2014

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'.

 Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Kemerdekaan ke 57 tahun adalah satu hadiah paling tidak ternilai harganya yang di kecapi oleh generasi muda pada hari ini . Maka berbanggalah kita menjadi warga Malaysia. 31 Ogos 1957 ialah tarikh keramat.Pada tarikh itulah gegak gempita laungan Merdeka sebanyak 3 kali oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Al-Haj di susuli dengan laungan Merdeka oleh rakyat di stadium Merdeka. Malaysia sudut Kita hidup dalam masyarakat majmuk . Ada Melayu , Cina dan India seterusnya minoriti kaum yang lain. Itulah warna-warni Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia wajar menghayati prinsip Rukun Negara .
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang – undang
5. Kesopanan dan kesusilaan.
Rukun Negara adalah sempadan kita daripada melakukan tindakan yang melampaui batasan yang mana boleh menganggu gugat kestabilan negara Malaysia atau menyebabkan perpecahan perpaduan keharmonian di antara kaum dengan kaum yang lain. Dalam menyambut kemerdekaan yang tinggal beberapa hari lagi,kita seorang blogger dan ibu bapa juga haruslah memberitahu dan menerangkan apakah erti sambutan kemerdekaan negara Malaysia kepada anak-anak kecil kita. Kita haruslah menyemaikan sifat-sifat kendiri yang baik kepada anak-anak kita kerana kitalah juga menjadi rujukan yang terbaik kepada  mereka
Tanah tumpah darahku , di mana bumi ku pijak di situ langit ku junjung , hujan emas di negara orang , hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri . Peribahasa yang di karang oleh orang lama dahulu menunjukkan begitu kuat kecintaan mereka kepada ibu pertiwi. Kita juga boleh lihat sukan bola sepak , sebelum Malaysia akan melakukan sepak mula ,  lagu Negaraku berkumandang,maka bergemalah lagu Negaraku penuh semangat oleh para penyokong. Mereka berdiri tegak , menyanyikan lagu dengan bersemangat .Jikalau kamu lihat dengan teliti pasti ada yang mengalirkan air mata.

Itulah sifat jati  mereka , kerana bola sepak mereka sangat menyintai Negara kita Malaysia.Kita contohilah semangat mereka.Kepada para komuniti blogger , aku mengucapkan salam Merdeka. Semoga kita menginsafi apa yang telah berlaku terhadap negara kita pada masa sekarang ini.

Terima kasih kepada Tuan Blogger Hasrul hassan kerana membuat segmen khas ini sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57.

14 comments:

jamian sarif said...

selamat menyambut hari kemerdekaan...

PuteraOhtraBulan said...

Salam Merdeka pada anda juga bro... :)

puteri kasih said...

selamat bersegmen dan selamat menyambut hari kemerdekaan :)

Denaihati said...

selamat bersegment dan semoga sukses. selamat menyambut kemerdekaan negara kita yang ke 57.

Mimbar Kata said...

salam kemerdekaan

ieta mat sa'ad said...

selamat bersegmen dah tahniah telah tersenarai ke bloglist sifu HH ^__^

hafizmd said...

terbaik!

cinta sejati pasti melahirkan rakyat berbakti =)

PuteraOhtraBulan said...

salam merdeka juga pd Puteri Kasih

PuteraOhtraBulan said...

Terima kasih Blogger Mimbar kata

PuteraOhtraBulan said...

Terima kasih Tuan Blogger Denai Hati.Salam Merdeka pd tuan juga dan sentiasa sukses selalu

PuteraOhtraBulan said...

Tersenarai dalam bloglist Sifu Hasrul Hassan adalah satu penghargaan.Salam merdeka pasa anda juga :)

PuteraOhtraBulan said...

Salam bro.salam merdeka pada bro juga .

Aniza Ghazali said...

Salam kemerdekaan... selamat bersegmen. Semoga berjaya tersenarai ke bloglist Hasrul Hassan.

Unknown said...

Assalamualaikum... kecintaan kita pada negara tetap bersemikan... semoga berjaya.