20 April 2014

FAKTA Mengenai LELAKI dan Alasan Bandingan.

Ada banyak tentang FAKTA lelaki yang rasa kita telah ketahui BAIK lelaki itu sendiri mahupun wanita yang inginkan dambaan seorang lelaki sebenarnya masih lagi banyak imformasi lelaki yang ada juga kita sendiri terlepas pandang.

Fakta-fakta lelaki ini di ambil dari kajian mengenai LELAKI.Oleh demikian , wanita boleh memahami lebih mendalam lagi mengenai lelaki dan alasan bandingan yang aku rumuskan mengenai kaitan fakta ini.

1.Lebih kurang 2/3 lelaki ASIA berusia antara 20-35 tahun gemar memakai seluar dalam jenis BOXER berbanding BRIEF.

Alasan bandingan .
- Iyelah.ada banyak ruang angin dalam ruang BOXER tu kan !

2. Di seluruh dunia, dianggarkan 7:100 lelaki mengalami buta warna berbanding wanita yang hanya 1:1000 menderita masalah sama .

Alasan bandingan
- Betul lelaki kalau tengok cerita BLUE dia tidak nampak ada warna biru.Nampak tak ?

3. Pesakit lelaki di hospital lebih 2 kali ganda akan jatuh katil sedang berbaring berbanding pesakit wanita.

Alasan bandingan
-Ada pesakit lelaki saja buat-buat jatuh sebab hendakkan perhatian lebih dari staff nurse wanita.Eh betul!Tak caya tanya staf nurse hospital yang berdekatan dengan anda.( mengada-ngada ) ( Jgn marah ea staff nurse )

4.Pada umur 70 tahun lebih daripada 70% lelaki masih subur.

Alasan bandingan
-Kalau tidak masakan ada Tua-tua si miang keladi.

5. Lebih daripada 50% lelaki berstatus single di Jepun tidak pernah keluar dating lebih dari 2 tahun.

Alasan bandingan
- Di Malaysia mungkin ada pelajar sekolah lelaki telah berdating dengan makwenya lebih 2 tahun sama bersekolah dan akhir telah berkahwin kerana ada jodoh.Kih3x.....

6. Selalunya seorang lelaki akan di nilai menerusi penampilan dan bahasa tubuh sebanyak 55% ,cara berkomunikasi 38% dan 7& lagi ialah butir bicaranya.Itulah penilaian awal daripada seorang wanita yang cuba dipikat oleh lelaki terbabit.

-Alasan bandingan
Agak jarang kedengaran lelaki memikat wanita dengan tarbiyah seperti setiap hari menghantar sms kepada seorang wanita itu dengan petikan ayat Hadis atau pun Ayat Al-Quran.

Baiklah.Alasan bandingan itu cumalah alasan bandingan yang kosong - kosong sahaja.Bukanlah berniat menjatuhkan keperibadian mana - mana lelaki mahupun wanita, Di harap info ini adalah sedikit berguna untuk anda pembaca blog.

3 comments:

Denaihati said...

menarik fakta ni, no.4 tu pun memang ada...heee

hafizmd said...

menarik fakta ni.

yg tua tu..macam kelapa kot.makin tua, makin menjadi...hoho

bab buta warna tu..ada benarnya juga rasanya..ambe baru sedar ambe macam ada buta warna tpi tidak kritikal..

suri said...

wah biar benar bab subur cam ada pelung ar nak hamil ni heee...