07 April 2014

Biar sama rata kasih sayang itu


Saat bunga Dahlia memangku adik kecilnya.Bila bawa balik ke rumah kelmarin.Aku tengokkan reaksi Dahlia.Pada mulanya sampai di rumah dia dengan puting susunya dan bantal wanginya peratikan uminya memangku adik dia masuk ke rumah.Abang dia Aqil siap bagitahu pada atoknya adik kecik da balik.Mulanya sambutan Dahlia pada adiknya agak hambar.Sedikit cemburu.Tak pasal-pasal belum cecah umur 2 tahun,dapat adik kecik.Kih..kih..kih..Aku suruh dia cium adik dia.Tak mahu dia.Siap kena marah lagi.Tapi dalam masa setengah jam aku pujuk dia.Dukung dia bawa pada adik dia.Lama2x nak juga cium adiknya.Bukan setakat cium siap tekan hidung adik dia.
Itulah perkembangan emosi kanak2x berusia 1 tahun ke atas.Dia mempunyai rasa cemburu itu menunjukkan dia juga mahukan perhatian.Aku akui kali ini Dahlia telah mempunyai sifat cemburu sejak isteriku mengandung 6 bulan lagi.Asal dekat aja dengan orang umah,mulalah respon dia.Kalau aku pegang tangan isteriku,cepat dia suruh aku lepaskan tangan umi dia.
Jadi,sebagai bapa,kita perlu memberikan sokongan pada anak-anak lain.Aku belajar dari pengalaman.Bagaimana sewaktu  Aqil menerima kehadiran Dahlia dulu,begitu juga Dahlia yang telah menerima adik barunya.Contoh.Sebelum ini aku akan bawa Aqil keluar denganku sewaktu isteriku dalam pantang.Begitu juga dengan Dahlia.Pada hari ini aku bawa Dahlia sekali dengan abangnya  ambil tukang urut yang mengurut isteriku.Lagipun dah dua tiga hari dia tak keluar naik kereta jalan2x.Terperap aja dekat rumah.
.
Sebagai bapa kita mesti tunjukkan kasih sayang sama rata dengan anak-anak.Tidak boleh melebihkan seorang anak dengan anak yang lain.Aqil sebagai abang sulong hampir setiap hari aku akan bagitahu dia bahawa dia mesti bertanggungjawab menjaga dua orang adiknya selepas ini.Menolong umi sekiranya memerlukan pertolongan.Cuba berdikari untuk membuat sesuatu seperti mandi,pakai baju sendiri dan lain2x yang mudah dibuat.Aku yakin ibu bapa sekarang telah banyak membaca buku mahupun artikel2x menjadi ibu bapa cemerlang pada zaman maju ini yang penuh cabaran.

5 comments:

Admin said...

As-Salam. Masalah kotak komen tak boleh reply .. boleh rujuk entri saya yang ini:

http://www.hasrulhassan.com/2013/07/cara-bolehkan-reply-pada-sistem-komen.html

zool said...

comelnya baby tu..

SmuaInfo said...

lucu banget ya kalau bisa berbagai :)

Mizz Aiza said...

lama-lama mesti dia akan terbiasa, mula-mula mungkin ada rasa cemburu..

puteri kasih said...

tahniah buat bro dan isteri atas kehadiran cahaya mata yang ketiga. Tak lama lagi mesti Dahlia seronok dapat adik..hilanglah rasa cemburu tu :)