06 April 2014

Nukilan Khalifah kecil

Nukilan untuk khalifah kecilku.

4/4/14 kiranya kau rasa 
Akan keluar dari tembolokmu
Setelah 9 bulan 18 hari
Kau berada dalam alammu
Makan minummu disalurkan dari umimu.
Jam 6.40 petang
kamu keluar melihat alam luar
Alam pelik rasa kamu.
Kamu enggan meninggalkan alam sebelum ini.
Sebab itu kamu menangis kuat sekali.
Itu cabaranmu buat pertama kali
Membiasakan diri didalam dunia yang asing sekali.

Fitrahmu akan menjadikan kamu menghadapi cabaran
Cabaran demi cabaran,
Cabaran pertama kamu telah lepas.
Cabaran seterusnya jika kamu haus dan lapar
Makan pertama kamu ialah susu ibumu
Tidak sesekali ibumu membiarkan kamu lapar
Tapi kamu mesti belajar cara untuk kamu kenyang.
Cabaran kedua itu juga kamu telah berjaya.
Namun ada lagi cabaran yang mendatang dalam hidup kamu.
Ayah perhatikan kamu menghadapi cabaran ketiga.
Pertama kali kamu dimandikan
Cabaran SEJUK yang kamu hadapi.
Meraung juga kamu
Namun akhirnya tetap kamu cekal juga.

Anakku yang belum letak nama
Hari yang mendatang akan lebih banyak cabaran.
Cabaran itu sentiasa ada.
Cabaran itu kadangkala ganas
Kadangkala lembut.
Namun kamu akan dibantu
Diringi doa ayah dan umi
Ilmu duniawi dan akhirat dipenuhi jiwa ragamu.
Sehingga kamu mengerti kehidupan ini



1 comment:

Norhasniza Khalid said...

alahai... comelnya, tahniah... :)