20 March 2014

Selawat Perdana Malam Cinta Rasul

Tinggal sehari lagi di mana Majlis Malam Cinta Rasul iaitu Selawat Perdana akan di adakan di Perkarangan Dataran Masjid Putra pada 21 Mac 2013 hari Jumaat pada jam 08.00 malam.Sekretriat program Selawat Perdana menyasarkan 500 ribu orang akan menghadiri majlis ini. Ia turut di hadiri oleh Perdana Menteri dan barisan menteri kabinet yang lain,selebriti,artis,tokoh ternama,ustaz,ustazah dan semua umat Islam .Insha Allah.Bertemakan Kesatuan,Perpaduan dan Persaudaraan,adalah diharapkan ia mampu menjadi satu lambang UMMAH SEJAGAT

Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013. Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan Qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.


Program seperti ini perlu diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Umat Islam ini akan bersatu dan semuanya dapat mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.Kita bukannya hadir bagi setakat memeriahkannya sahaja,namun biarlah majlis selawat ini menjadi medan untuk kita bermuhasabah diri kepada Allah dan Rasul.Bagaimana kita boleh melakukan penghijrahan diri menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari sebelum ini.Allah telah menguji negara Malaysia dan rakyatnya dengan pelbagai ujian seperti musim kemarau,kehilangan MH370,budaya hedonisma,perpecahan ummah dan sebagainya.

Kepada adik-adik yang terleka dengan budaya Barat yang Berat itu,lupakanlah Konsert Dadah dan Dedah,Pesta Liar,Tonggang Arak,Hisap Marijuana itu,baik pergi ke Selawat Perdana Malam Cinta Rasul.Kalau mati pun dekat dalam majlis itu,kamu mati dalam Iman.Insya Allah.

2 comments:

suri said...

Duq orang atas hebat alunan usrah dan kasidahnya.

suri said...

Duq orang atas hebat alunan usrah dan kasidahnya.