20 March 2014

Keputusan Perlawanan Manchester United dan Olympiakos,Game terbaik!

Manchester United dapat memadamkan defisit 2 gol pada perlawanan timbal balik dengan Olympiakos.Hatrik Robin Van Persie tanpa balas gol lawan membawa The Red Devils ke peringkat suku akhir.Perlawanan di awal pagi tadi menyaksikan David Moyes menyenaraikan pemain veteran seperti Ryan Giggs,Rio Ferdinand,Danny Welbeck dan Antonio Valencia.Beberapa pemain menunjukkan kualiti permainan yg tinggi seperti Ryan Giggs,Rio Ferdinand dan David De Gea.Mereka bertiga ini menjadi anchor dalam perlawanan awal pagi tadi.Kecekapan David Gea dalam menjaga gawang,Ryan Giggs mengemudi bahagian tengah bersama Michael Carrick dan Rio Ferdinand mengawal benteng pertahanan dengan tenang.
Walaubagaimanapun,David Moyes tidak boleh merasa berpuas hati akan kemenangan itu.Khabar angin tersebar luas bahawa pihak atasan Manchester United sedang bermesyuarat untuk memecat David Moyes di atas prestasi buruk pasukan dalam Liga Perdana Inggeris.Oleh demikian,DM mesti meningkatkan prestasi pemainnya dan cuba memenangi kesemua baki perlawanan BPL.Kemenangan ke atas Olympiakos boleh meningkatkan moralral pemain yang terganggu dalam kekalahan di tangan Liverpool.

Oleh itu kemenangan 3-0 menunjukkan bahawa Manchester United masih lagi dianggap pasukan terbaik.Sekurang-kurangnya mereka mesti memenangi piala Juara Liga Eropah.

No comments: