27 March 2014

Russia dakwa MH370 dirampas Tentera Laut Amerika | bicara dunia

Russia dakwa MH370 dirampas Tentera Laut Amerika | bicara dunia





Pelbagai spekulasi dan teori berkaitan MH370 yang terdapat di laman sosial ataupun di dalam blog-blog dari mula kejadian MH370 hilang sehinggalah pengumuman dari Perdana Menteri bahawa MH370 telah terhenti di lautan Hindi di satu perairan yang terpencil.Pada mulanya aku cuba menepis pelbagai dakwaan dan teori berkenaan terutamanya teori 'Rampasan'.Namun apabila terdapat laporan Rusia mendakwa bahawa tentera US Navy mencuri dan merampas kapal terbang itu dan membawa ke satu tempat yang rahsia kerana terdapat beberapa kargo yang sangat mencurigakan yang sepatutnya ke negara China,ini menimbulkan persoalan bukan juga kepada aku tetapi kepada sesiapa yang memikirkan kelogikan teori berkenaan seiring dengan keadaan politikal dunia yang sedang berlaku pada masa ini.

Bagi pendapat aku hanya Allah Yang Maha Mengetahui,dan mungkin China,Russia dan Amerika mengetahui perkara sebenar.

Dan mungkin China yang boleh mengesahkan teori itu dengan memberitahu 1 dunia.



P/s:Ini bukan satu tuduhan dan bukan pandangan yang tetap oleh aku.

Credit Artikel ini kepada blog Bicara Dunia.

Artikel dalam Bahasa Inggeris [ original ] boleh didapat di sini sila KLIK




2 comments:

Mizz Aiza said...

aiza pun ada terfikir begitu juga.. tapi ianya hanya bermain di fikiran sahaja.. hanya Allah sahaja yang tahu apa sebenarnya terjadi kepada MH370..

hafizmd said...

Kite sentiasa mncari sesuatu utk mengisi ruang pertanyaan minda kita...kan?

Apapun...moga ada berita positif mh370..ameen