31 March 2014

Dah Jodoh Adik Aku , JDT Luaskan Kuasanya.Kih..kih.kih..

Kalau sudah di tentukan jodohnya,itulah yang Allah tetapkan.Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.Pada hari Sabtu yang lalu,adik aku yang bongsu telah selamat bertunang.Pada usia 28 tahun,kebiasaannya lelaki telah merasakan bahawa pada masa umur itulah dia bersiap sedia untuk berkahwin.Pun begitu diantara kami bertiga,dialah yang mendapat orang paling jauh lagi.Dari negeri Cik Siti Wan Kembang,daerah Machang.Manakala aku dan adik aku yang nombor dia ( 2 ) dapat pasangan hidup berdekatan.Jodoh aku lagi dekat.Satu mukim sahaja.Oleh demikian tiap-tiap hari boleh ke rumah emak mertua dan juga rumah emak aku.Kami duduk di tengah-tengah.Antara kampung dan pekan Buloh Kasap Segamat .Rumah emak mertua terletak di kampung Kuala Paya,manakala rumah emak aku ialah kawasan taman perumahan.
Adik aku bekerja di Seremban.Baru 3 bulan dapat kerja baru.Sebelum ini di Putrajaya.Oleh itu,dekat juga untuk dia balik ke Segamat berjumpa emak aku.Mendapat pasangan yang jauh adalah cabaran suami/isteri pada setelah berkahwin.Al-maklumlah,mereka harus bertimbang rasa dalam menentukan ke mana destinasi yang hendak ditujui dahulu terutama menjelang hari raya.Di sinilah kesabaran,ketenangan,masa,duit budaya yang berbeza dan sebagainya yang perlu mereka hadapi nanti.Aku berharap adik aku dapat belajar mulai dari sekarang bagaimana menjadi seorang suami bertanggungjawab dan perana suami dalam memberi didikan kepada isteri.Doa juga aku titipkan pada dia agar rezekinya sentiasa di murahkan oleh Allah S.W.T.
Mendapat orang Kelantan.Sebelum ini aku tidak terfikir pun dia akan mendapat orang Kelantan.Tapi itu jodoh Allah telah tentukan.Lagipun sudah ramai orang Johor berkahwin degan orang Kelantan.Begitu juga sebaliknya.Hendak di jadikan cerita,semasa majlis bertunang hari Sabtu itu,aku telefon adik aku yang nombor dua siapa akan jadi wakil bagi pihak lelaki.Sebenarnya aku tidak menyertai rombongan meminang kerana isteriku telah sarat sekarang ini.Hanya tunggu masa melahirkan seorang anak lagi.Adik aku memberitahu wakilnya ialah Paktih aku ( adik kepada emak aku )Lalu aku beritahu dia ‘ Kalau diaorang cakap Kelate ,tapi ko tak paham apa pun ,ko nyanyilah lagu “Ayuh Johor,Ayuh Johor Luaskan Kuasamu Johor.Ale-ale-ale-ale-ale” sambil kau pusingkan MAFLA JDT tu.Kami ketawa dalam telefon.Adik aku menambah lagi perisa.” Masa sampai tadi aku pun dah buat gerakan ala-ala BOS tadi.Tak tenang diaorang tadi.Kah,kah.kah…..


P/s : JDT tewaskan Kelantan 2-1 .Itu cerita minggu lepas.Tapi saja cerita balik.
         Jangan marah orang Kelantan.Respek orang sana sebenarnya.

2 comments:

hafizmd said...

Hehe...jarak jauh.ek.mmg cbrnnye lbih tp selagi ada toleransi..insyaAllah selamat rumahtangga..

ambe pun "dkt" juge...terengganu-penang...kerja di selangor...

Selamat hndknya majlis buat adik bro tu...a

Shahrul Yusof said...

Ikan di laut, asam di darat. Kalau dah jodoh tu, memang tak lari ke mana. Hehe.