Lima Faktor Prestasi Manchester United Sangat Teruk Musim Ini.
Kekalahan 3-0 kepada Liverpool menjadikan Manchester United telah
mengalami 5 kekalahan di gelanggang sendiri dan 7 kekalahan dalam liga.Semalam
aku menonton perlawanan diantara 2 pasukan itu bersama dengan anak sulungku Aqil.Apabila di minit awal lagi
Liverpool telah menunjukkan taringnya,aku menjangkakan permainan ini akan berat
sebelah.Dan ramalan aku itu benar belaka .Berikut adalah pandangan aku mengenai
faktor kekalahan Manchester United
Pemain Yang Tidak Sesuai Diturunkan Dalam Perlawanan ini
Sepatutnya si David Moyes meletakkan pemain seperti Tom
Cleverley,Ashley Young,Antonio Valencia,Alexander Buttner ,Rio Ferdinand dan
Ryan Giggs untuk melawan pasukan Brendan Rodgers yang semakin kuat sejak
akhir-akhir ini.
Tom Cleverley .
Dia merupakan seorang pemain tengah yang rajin untuk merampas bola dari
kaki lawan dengan cepat dan boleh membuat gerakan kreatif dari tengah untuk menghasilkan gol.Dia
juga mampu merembat bola dari jauh tepat menuju ke pintu gol jikalau mendapat peluang
untuk membuat sedemikian.Bila aku tengok gaya permainan Marouane
Fellaini malam tadi,lebih baik dia tidak payah main.Puuuiiii...
Ashley Young
Kenapalah David Moyes letak dia ini di bangku simpanan. Ashley Young
memang merupakan seorang pemain sayap yang boleh membuat umpanan lintangan bola
tepat ke penyerang seperti Van Persie atau Wayne Rooney.Dia juga boleh
menghasilkan gol melalui sepakan lencongnya sekiranya dia dapat peluang
itu.Seperti musim lepas dia banyak melakukan ‘assist’ dalam menghasilkan gol
bagi Manchester United.Adnan Januzaj memang seorang berbakat.Tapi dia kena
menambahkan berat badannya untuk menjadi pemain yang tegap dan dapat menandingi
pertahanan lawan.Kesian semalam aku tengok dia asyik kena pangkah aja sampai
tergolek.Jadi semalam dia tidak sesuai bermain dalam game itu.
Antonio Valencia
Dia mempunyai susuk badan yang tegap dan seorang sayap kanan boleh
melintangkan bola
dengan tepat kepada penyerang.Dia juga mampu memasuki ke
dalam kotak penalti kalau setakat diasak oleh pemain pertahanan Liverpool tu,baru buku bertemu ruas. Sengal betul David Moyes
tidak turunkan dia semalam.
Alexander Buttner
Dia jarang diturunkan oleh David Moyes. Tapi Alexander Buttner lagi
bagus dari Rafael Da Silva.Gaya permainan dia tenang.DIa juga boleh menjadi
seperti Mahali Jasuli untuk membawa masuk bola ke dalam kotak penalti.Alexander
Buttner juga mempunyai keupayaan menjaringkan gol.Sebagai pertahanan dia juga
tidak mudah panik apabila penyerang seperti Luis Suarez masuk ke dalam kotak
penalti.Sudah tentu tidak mudah mendapatkan gol seperti yang Rafael telah lakukan.David
Moyes kena fikirkan Alexander Buttner untuk perlawanan akan datang.
Rio Ferdinand.
Walaupun Rio telah berusia 35 tahun, namun dengan pengalaman dia boleh
menstabilkan tempo pertahanan Manchester United.Gandingan bersama Nedmanja
Vidic adalah terbaik.Bila dah kena 2-0 baru hendak masukkan dia ni.Apa hendak
jadi? Rio Ferdinand juga boleh memberi semangat dan arahan kepada pemain muda
dan yang berada di atas supaya meningkat lagi kualiti permainan.Dia belum jadi
legend.Tapi masa itulah David Moyes mesti menggunakan khidmat beliau.Tengok
macam Barca dengan Puyol , sentiasa berada dalam kesebelasan utama.Begitu juga
dengan Frank Lampard dengan Chelsea. Pemain seperti ini menjadi
inspirasi kepada pemain muda.Sekali lagi kesilapan mudah telah dilakukan oleh
David Moyes.
Ryan Giggs
Umur 40 tidak menjadi masalah kepada Ryan Giggs.Rasanya dia boleh
bermain dalam 1 jam pada setiap perlawanan.Ryan Giggs juga jarang bermain pada
masa ini.Dia hanya bermain selama 81 minit keseluruhannya sehingga perlawanan
semalam.Kesian dia.Bermain dengan pasukan Top Four seperti Liverpool memang sangat memerlukan seorang pemain tengah seperti Ryan Giggs. Pengalaman dia bermain dengan Wayne Rooney,Patrick
Evra,Michael Carrick, Nedmanja Vidic boleh membantu meningkatkan permainan
kerana mereka telah mengetahui kemampuan masing-masing sebab mereka sudah lama bermain sebagai satu pasukan.
Kesimpulan yang tidak payah bermain semalam ialah Adnan Januzaj,Juan
Mata,Fellaini Rambut Afro( Sila gunting rambut anda ).Rafael Da Silva,Phil Jones dan Michael Carrick
.Sekian itu ulasan aku yang pertama.Ada 4 faktor yang akan aku updatekan di
dalam blog ini pada esok hari.
#prayforMH370
#Aku Kembali Setelah 30 hari bertapa
#Entri pertama bulan Mac
5 comments:
Tak sangka kalah smpai 0-3...hoho
Nampakknya moyes msih keliru ttg kebolehan pemain...fellani jugak dia pilih...apapun...go go manu!
faktor paling utama...sbb Sir Alex tader..tu je...
tak boleh jadi MU asal kalah tak apa tetap sebati dengan jiwa mu dsejak sekolah lagi heeee
aiza tak mengikuti sangat perkembangan sepak..
blog aiza menukar url baru.. jika guna url lama, entri baru lambat update di bloglist rakan blogger..
url baru--->>> http://www.mizzaiza.com/
Post a Comment