17 March 2014

Lima Faktor Prestasi Manchester United Sangat Teruk Musim Ini.

Lima Faktor Prestasi Manchester  United Sangat Teruk Musim Ini.

Kekalahan 3-0 kepada Liverpool menjadikan Manchester United telah mengalami 5 kekalahan di gelanggang sendiri dan 7 kekalahan dalam liga.Semalam aku menonton perlawanan diantara 2 pasukan itu bersama dengan anak sulungku Aqil.Apabila di minit awal lagi Liverpool telah menunjukkan taringnya,aku menjangkakan permainan ini akan berat sebelah.Dan ramalan aku itu benar belaka .Berikut adalah pandangan aku mengenai faktor kekalahan Manchester United

Pemain Yang Tidak Sesuai Diturunkan Dalam Perlawanan ini
Sepatutnya si  David Moyes meletakkan pemain seperti Tom Cleverley,Ashley Young,Antonio Valencia,Alexander Buttner ,Rio Ferdinand dan Ryan Giggs untuk melawan pasukan Brendan Rodgers yang semakin kuat sejak akhir-akhir ini.

Tom Cleverley .

Dia merupakan seorang pemain tengah yang rajin untuk merampas bola dari kaki lawan dengan cepat dan boleh membuat gerakan kreatif dari tengah untuk menghasilkan gol.Dia juga mampu merembat bola dari jauh tepat menuju ke pintu gol jikalau mendapat peluang untuk membuat sedemikian.Bila aku tengok gaya permainan Marouane Fellaini malam tadi,lebih baik dia tidak payah main.Puuuiiii...


Ashley Young

Kenapalah David Moyes letak dia ini di bangku simpanan. Ashley Young memang merupakan seorang pemain sayap yang boleh membuat umpanan lintangan bola tepat ke penyerang seperti Van Persie atau Wayne Rooney.Dia juga boleh menghasilkan gol melalui sepakan lencongnya sekiranya dia dapat peluang itu.Seperti musim lepas dia banyak melakukan ‘assist’ dalam menghasilkan gol bagi Manchester United.Adnan Januzaj memang seorang berbakat.Tapi dia kena menambahkan berat badannya untuk menjadi pemain yang tegap dan dapat menandingi pertahanan lawan.Kesian semalam aku tengok dia asyik kena pangkah aja sampai tergolek.Jadi semalam dia tidak sesuai bermain dalam game itu.

Antonio Valencia
Dia mempunyai susuk badan yang tegap dan seorang sayap kanan boleh melintangkan bola
dengan tepat kepada penyerang.Dia juga mampu memasuki ke dalam kotak penalti kalau setakat diasak oleh pemain pertahanan Liverpool tu,baru buku bertemu ruas. Sengal betul David Moyes tidak turunkan dia semalam.
  






Alexander Buttner

Dia jarang diturunkan oleh David Moyes. Tapi Alexander Buttner lagi bagus dari Rafael Da Silva.Gaya permainan dia tenang.DIa juga boleh menjadi seperti Mahali Jasuli untuk membawa masuk bola ke dalam kotak penalti.Alexander Buttner juga mempunyai keupayaan menjaringkan gol.Sebagai pertahanan dia juga tidak mudah panik apabila penyerang seperti Luis Suarez masuk ke dalam kotak penalti.Sudah tentu tidak mudah mendapatkan gol seperti yang Rafael telah lakukan.David Moyes kena fikirkan Alexander Buttner untuk perlawanan akan datang.


Rio Ferdinand.

Walaupun Rio telah berusia 35 tahun, namun dengan pengalaman dia boleh menstabilkan tempo pertahanan Manchester United.Gandingan bersama Nedmanja Vidic adalah terbaik.Bila dah kena 2-0 baru hendak masukkan dia ni.Apa hendak jadi? Rio Ferdinand juga boleh memberi semangat dan arahan kepada pemain muda dan yang berada di atas supaya meningkat lagi kualiti permainan.Dia belum jadi legend.Tapi masa itulah David Moyes mesti menggunakan khidmat beliau.Tengok macam Barca dengan Puyol , sentiasa berada dalam kesebelasan utama.Begitu juga dengan  Frank Lampard dengan Chelsea. Pemain seperti ini menjadi inspirasi kepada pemain muda.Sekali lagi kesilapan mudah telah dilakukan oleh David Moyes.

Ryan Giggs

Umur 40 tidak menjadi masalah kepada Ryan Giggs.Rasanya dia boleh bermain dalam 1 jam pada setiap perlawanan.Ryan Giggs juga jarang bermain pada masa ini.Dia hanya bermain selama 81 minit keseluruhannya sehingga perlawanan semalam.Kesian dia.Bermain dengan pasukan Top Four seperti Liverpool memang sangat memerlukan seorang pemain tengah seperti Ryan Giggs. Pengalaman dia bermain dengan Wayne Rooney,Patrick Evra,Michael Carrick, Nedmanja Vidic boleh membantu meningkatkan permainan kerana mereka telah mengetahui kemampuan masing-masing sebab mereka sudah lama bermain sebagai satu pasukan. 

Kesimpulan yang tidak payah bermain semalam ialah Adnan Januzaj,Juan Mata,Fellaini Rambut Afro( Sila gunting rambut anda ).Rafael Da Silva,Phil Jones dan Michael Carrick .Sekian itu ulasan aku yang pertama.Ada 4 faktor yang akan aku updatekan di dalam blog ini pada esok hari.


#prayforMH370
#Aku Kembali Setelah 30 hari bertapa
#Entri pertama bulan Mac




5 comments:

hafizmohd.com said...

Tak sangka kalah smpai 0-3...hoho

Nampakknya moyes msih keliru ttg kebolehan pemain...fellani jugak dia pilih...apapun...go go manu!

Unknown said...

faktor paling utama...sbb Sir Alex tader..tu je...

suri said...

tak boleh jadi MU asal kalah tak apa tetap sebati dengan jiwa mu dsejak sekolah lagi heeee

Mizz Aiza said...

aiza tak mengikuti sangat perkembangan sepak..

Mizz Aiza said...

blog aiza menukar url baru.. jika guna url lama, entri baru lambat update di bloglist rakan blogger..
url baru--->>> http://www.mizzaiza.com/