23 March 2014

Hari Ahad dan Khamis dan Jumaat

Kerja pada hari Ahad sekarang sangat best.Bestnya ialah tiada rasa lagi Monday Blues.Kompani swasta  pun tutup.Bila pergi kerja awal pagi kereta memang tidak banyak di atas jalan raya.Tak risau HQ call minta laporan sebab Kuala Lumpur bercuti lagi.Hri Khamis pula kerja best sebab balik 3.30 petang.Hari Jumaat cuti bertenang.Pun tak risau kalau HQ dari KL telefon nak minta Laporan.

Tapi walau bagaimanapun,kerja tetap kena siapkan.Kerja tidak perlu ditangguhkan.Bersiap sedia untuk membuat laporan dan dapat dihantar dengan tepat pada tarikh yang telah ditetapkan setiap bulan.Bersiap sedia untuk kerja yang diarahkan oleh pegawai.

Dah kita ni kerani.Kenalah mengikut arahan dan tugas hakiki yang telah ditetapkan.Apa pun jawatan kita,bersyukur pada Allah.Ada kerja ada gaji,ada gaji untuk jalankan tanggungjawab sbg suami dan ayah dan seorang anak juga.Lapan tahun menjadi kerani cabuk banyak pengalaman yang di kutip.pahit dan manis.
Jangan rasa jadi kerani kita seperti katak di bawah tempurung.Meh sambung belajar.Belajar Part Time.

Semoga hasrat untuk aku sambung belajar Allah izinkan.Mudah-mudahan dapatlah surat tawaran pada bulan depan.Doakan aku ye sahabat-sahabat.


1 comment:

puteri kasih said...

kerja tu satu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin kan :)

p/s moga urusan untuk sambung belajar nanti dipermudahkan...all the best :)