24 March 2014

Ada Apa Dengan Cobain?


Kurt Cobain yang telah mati kerana membunuh diri pada 20 tahun yang lepas merupakan pelantun lagu Smell Like Teen Spirit bersama kumpulan Nirvana yang turut dianggotai Krist Novoselic dan Dave Grohl Sekarang Dave Grohl dengan kumpulan Foo Fighter beralih dari pemain drum sebagai vokalis utama.Paparan di Harian Metro hari ini mengenai krnologi bunuh diri Cobain.Sama ada dia dibunuh atau pun benar dia membunuh diri,dari dulu lagi fakta-fakta ini dipertikaikan antara satu sama lain.Boleh baca laporan penuh di Metro hari ini.

Entry ini bukanlah tujuan untuk aku memberikan penghormatan atau tabik pada Cobain.Dia sebagai pencetus muzik grunge seluruh dunia.Apa pun segala apa yang dia lakukan tidak dibenarkan dalam agama Islam.Kalau hendak mengikut moral dia ,memang hancur.Satu ketika dulu lagu dia seperti The Man Who Sold The World dan Smell LIke Teen Spirit di mainkan semasa aku jamming dengan geng jamming .Sekarang tidak lagi.Dulu boleh dikatakan zaman jahil.

Jadi muda-mudi sekarang,berfikirlah sebelum melakukan sesuatu yang tidak bermoral.Jangan jadi macam dia.

No comments: