23 March 2014

El Classico Real Madrid Vs Barcelona



Pertembungan El-Clasico di antara Real Madrid dan Barcelona Liga BVVA  adalah merupakan satu perlawanan yang sangat di nanti-nantikan oleh kedua-dua peminat pasukan tersebut pada awal Isnin esok jam 3.00 pagi.Ia melibatkan maruah pasukan dan untuk merebut Kejuaaraan Liga Spanyol.Real Madrid di bawah kendalian Jurulatih Ancelotti menunjukkan keupayaan sebenar dengan mempamerkan taring ketika membelasah pasukan lawan semasa peringkat kedua dalam Juara Liga Eropah minggu lepas.Cristiano Ronaldo dengan anugerah D’Balloon pasti akan diturunkan bersama pemain termahal dunia Gareth  Bale untuk menghadapi  lawan seperti Messi dan Neymar Junior.
Bagi aku keupayaan kedua-dua pasukan ini memang tidak dinafikan dengan prestasi masing-masing yang semakin meningkat dalam membenam pasukan lawan.Antara Ronaldo dan Messi sudah di ketahui skill tinggi mereka.Dari penjaga gol,pertahanan,tengah dan serangan, kedua pasukan mempunyai pemain bertaraf dunia di posisi masing-masing.Percaturan jurulatih antara Ancelotti dan Martino akan menentukan kemenangan kepada pasukan sendiri.Oleh demikian,para peminat di Malaysia yang sanggup berjaga awal pagi menonton perlawanan terbaik ini di televisyen,anda boleh menonton di restoran bersama kawan-kawan.Mana yang tengok di rumah berseorangan,pastikan suara anda tidak mengganggu keluarga isteri anak mahupun jiran yang sedang lena tidur ye.

P/s:Sambil tengok game,boleh selitkan Solat Tahajjud.tu Insya Allah besar ganjarannya.
P/s : Pesanan penaja itu khas untuk penulis blog ini .

3 comments:

Sukma said...

Tunggu world cup....

Mizz Aiza said...

bagus pesanan penaja tu.. aiza tak minat sangat dengan sukan bola sepak ni..

Ammar said...

Harap-harap Real Madrid menang. hehehe CR7 terbaik!!!