23 January 2014

Berita tragis itu sangat mendukacitakan!

Satu lagi berita tragis yang sangat menyayat hati , lagi nyawa kanak-kanak kecil direntap secara kejam akibat kerakusan nafsu serakah manusia . Manusia yang mempunyai jiwa hitam , hati legam dilingkari dengan godaan syaitan tidak ada langsung belas kasihan . Apabila aku mendengar berita seperti ini , ia merentap seluruh batin . Menaikkan kemarahan aku kepada si pembunuh . Istighfar menjadi benteng bagi menghilangkan kedukaan dengan berita sebegini .Allahu Akbar.

Aku termenung sejenak , mengapakah masih ada lagi manusia yang berlaku kejam kepada anak-anak kecil? Bagaimanakah seorang emak tergamak mengorbankan jiwa seorang anaknya. Tidakkah dia sedar anak itu adalah amanah dari Allah .Entahlah ..

Ramai ibu bapa yang terkesan dengan berita begini .Antaranya ialah isteri saya , dia berasa sedih hingga mengalirkan air mata pada hari semalam apabila membaca berita itu.Anak itu anak kecil , anak yang comel .Anak comellah yang membuat kita terhibur dengan telatah si dia.Macam anak kami Aqil dan Dahlia.
Dadah boleh merubah segalanya.Impaknya memang negatif.Bila diri terjerumus dengan benda itu,jahanamlah hidup.Merosakkan diri sendiri dan merosakkan hidup orang lain juga.Macam itulah kes yang terjadi.Sebab itu zaman Tun Mahathir mengishtiharkan bahawa Dadah Musuh Nombor 1 Negara.Mesti diperangi habis-habisan.Tapi yang lagi aku marah kenapa masih ada lagi individu yang sanggup menyebarkan gambar mayat anak kecil itu ke dalam media sosial?Mereka yang menerima gambar itu pula berkongsi pula dalam group whatsapp lain.Usahlah di buat sebegitu.Tidak baik.Jadilah kita sebagai individu yang bertanggungjawab tidak menyebarkan aib orang lain.Biarlah gambar itu hanyalah untuk siasatan forensik sahaja.Kepada mereka yang menerima gambar itu,padamkanlah dalam telefon anda.Nasihatlah kepada rakan anda sekiranya dia berkongsi gambar itu dengan anda.

Wahai ibubapa diluar sana,terutama mereka yg menghadapi konflik rumah tangga.Jikalau ada anak kecil ,ingatlah bahawa itulah harta paling bernilai yang bakal membawa kamu ke syurga.Janganlah dipersiakan anak itu.Dekatkanlah dengan Allah.Hanya Dialah yang dapat membantu kamu menemui jalan penyelesaian.

Buat Adik Syafiqah,
Ayah tidak mengenali mu
Umi juga tidak mengenalimu
Namun yang pasti kamu anak yg comel

Adik Syafiqah,
Perasaanmu sama dengan anak comel lain
Kamu pasti ingin dimanjakan ingin dibelai
Oleh kedua ibu dan ayahmu
Namun apakan daya,Allah mentakdirkan kamu menghadapi hidup berbeza

Adik Syafiqah,
Percayalah ,ramai umi dan ayah diluar sana
Sangat menyayangi dirimu
Kerana kamu comel,kami tidak akan menjentikmu
Apatah lagi mengeronyok kamu.

Adik Syafiqah
Belum tumbuh gigi sempurna,belum mampu membaca Alif Ba Ta
Nyawamu direntap oleh manusia yang mempunyai hati binatang
Ayah dan Umimu diluar sana tidak dapat membayangkan
Saat kamu menghadapi seksaan itu.

Adik Syafiqah
Kamu akan membaui wangian syurga
Allah akan masukkan kamu ke dalam syurga
Tiada siapa yang dapat menghalangnya
Semoga roh kamu tenang di sana.

Al-Fatihah buat adik Syafiqah

5 comments:

norhasnizakhalid said...

semoga adik syafiqah tenang di alam sana.. amin,. mama juga terkesan sampai ke saat ini. bila bercerita kisah ini, hati mama rasa sayu dan pilu... kejam sungguh perbuatan manusia durjana itu!

hafizmd said...

al-fatihah buat adik syafiqah. Syurga Allah pasti buatnya.

Buat manusia durjana, moga insaf dan terima hukuman setimpal.

suri said...

salam.kembali pada pencipta ingat Tuhan banyk-banyak.moga di permudahkan. buat keluarga kehilangan orang tersayang moga mereka tabah dan arwah berada dalam keadan kasiha Allah.

Mizz Aiza said...

al-fatihah untuk adik syafiqah.. semoga diberikan hukuman yang setimpal ke atas ibu kandung dia..

puteri kasih said...

memang sedih bila membaca kisah adik syafiqah,kelu lidah bila ibu kandungnya turut terbabit sama.