20 December 2013

Nikmat Sedekah , Jom Infak Gaji

Assalamualaikum .Semoga hari Jumaat ini kita merebut banyak ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t . Aku yakin semua pembaca blog telah mengetahui kelebihan Hari Jumaat pada hari ini . Kakitangan awam telah pun menerima gaji mereka pada hari semalam. Alhamdulillah . Apa kata hari ini kita infakkan sedikit pendapatan kita itu untuk bersedekah . Amalan memberi sedekah pada hari Jumaat besar ganjaran dan pahalanya . Sewaktu meninjau-ninjau laman mukabuku aku , ada satu gambar yang menarik perhatian . Ianya adalah gambar yang memaparkan 5 orang anak berusia 7 , 5 , 3 , 2 tahun dan 3 bulan kehilangan ibu mereka akibat terkena jangkitan kuman di dalam otak . Kediaman mereka pula dilanda banjir .Sudah tentu  pakaian barangan mereka musnah Kini anak - anak itu menjadi yatim piatu kini telah dijaga oleh ibu bapa tiri mereka . 


Apabila aku membaca post gambar ini  , menjadi sebak pula . Mereka menjadi yatim piatu pada umur mereka yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai erti kehidupan . Semoga anak-anak ini dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa tiri mereka . Aku juga berharap anak-anak ini tidak dipisahkan antara satu sama lain untuk dijadikan anak angkat . Biarlah mereka bersama-sama dengan abang , kakak dan adik mereka . Apa yang penting semua pihak harus bantu nasib anak-anak ini . Pihak berwajib seperti pusat Zakat Negeri , Jabatan Kebajikan Masyarakat ,menghulurkan bantuan terus tanpa sekatan atau birokrasi yang perit . BAdan NGO , syarikat swasta dan individu boleh juga menghulurkan sumbangan berbentuk tunai , pakaian , pampers mahupun makanan . Aku yakin rakyat Malaysia masih lagi mempunyai perasaan simpati kasihan dan mempunyai sifat dermawan yang tinggi lagi dikala kita ditebak dengan kos kehidupan yang semakin meningkat . Ins sha Allah , besar pahala dan ganjaran yang kita perolehi dari Allah . Dengan sifat dermawan dan sedekah ins sha Allah , rezeki kita tidak akan putus malah akan terus meningkat dengan keredhaan Allah asalkan niat kita bersifat ikhlas

Sebarang sumbangan boleh dihulurkan ke : 
Mohd Nakhaie bin Mohd Nafiah
1520 Pusat Pengajian Taman Islam
 24000 Chukai 
Untuk sumbangan tunai boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank ( 1630 2872 5934 ) 

Semoga anak - anak ini membesar dengan persekitaran yang baik dengan penuh kasih sayang . Semoga mereka sentiasa di sayangi oleh ahli keluarga terdekat dan masyarakat . Semoga anak-anak ini menjadi Mukmin Profesional . 

P/s : Bersyukur kerana kita mendapat pendapatan yang kita inginkan . Kata seorang ustaz kerana kita bersedekahlah  kita mendapat pendapatan / gaji kita pada setiap bulan . Bukan kerana kita mendapat gaji kita , baru boleh  membuat sedekah .


1 comment:

hafizmd said...

Terima kasih bro berkongsi..
Ayat last tu benar2 buat aku berfikir lama...

sama2 kita bantu sedaya mungkin