11 December 2013

Makan Bersama Keluarga , Itulah Masa Paling Berkualiti

Apabila mendapat whatss app dari isteri tadi ' " Balik tak rumah untuk makan tengahari? Aqil ni hendak makan bersama dengan ayah."aku tersenyum sendirian. Tidak mahu menghampakan permintaan Aqil , aku bergegas pulang. Jam pun dah masuk waktu rehat pukul 01.00 petang. Tiba di rumah 10 - 15 minit kemudian . Memang mengambil masa itu untuk sampai ke rumah yang jaraknya 6km dari pejabat . Kalau di Pontian dulu , 5 minit aja pergi - balik kerja dari rumah . Sempatlah untuk hantar anak ke rumah pengasuh   dan hantar isteri ke tempat kerja sebelum balik ke pejabat jam 2.00 petang . Memberi salam , terdengar suara Aqil ingin membuka pintu bagi menyambut kepulanganku . Agaknya teruja aku balik , dia berlari lalu tersadung kaki sofa dan terjatuh . Menangis si Aqil ini dengan kuat . Aku masuk ke dalam rumah lalu mendukungnya , memujuknya supaya berhenti menangis dan makan bersama- sama . Rupanya dia terlebih dahulu makan sebab dia sudah lapar sangat dan katanya aku lambat sangat balik rumah . Oleh itu kenikmatan makan bersama-sama dengan isteri dan anak-anak telah mengeratkan hubungan kami tidak kira makan pada waktu siang mahupun malam . Sudah beberapa suap nasi aku makan , Aqil menegurku , " Ayah tak baca pun doa makan". Iye , aku cuma baca Basmallah sahaja sebelum makan tadi . Aku terus membaca doa makan sambil di aminkan oleh Aqil . Memberikan ucapan terima kasih kepada anak sudah tentu merasakan dia sangat penting bagi ibubapanya dan juga sebagai abang sulung kepada adiknya . Sambil makan fikiran aku berlegar mengembalikan kenangan yang terkesan bagi diriku . Ingatan kepada arwah ayahnda ku terbit di mindaku . Ahh..jikalau umurnya masih panjang dan masih sihat lagi ,sudah tentu sehingga saat ini aku boleh menikmati makan bersama-sama dengan ayahku dan ibuku . Entah bila kali terakhir aku menikmati makan malam bersama ayah ku . Mungkin sekitar bulan Mac yang lepas sebelum di takdirkan ayahku pergi secara mengejut menemui Ilahi pada 27 Mac 2013 . Ketika itu aku masih lagi bekerja di Pontian . Johor . Sehingga ke saat ini aku merasakan tidak cukup lagi untuk aku benar-benar menunjukkan rasa kasih sayang ku kepada ayahku . Melihat telatah anak ketika makan membuatkan segala masalah aku hilang seketika .( walaupun sekarang aku di palit masalah ) . Sebagaimana yang pernah ayahku meluangkan masa , dan mengorbankan masa kepada ku semasa kecil dulu , aku meneruskan amalan ini kepada anak-anak ku yang sedang membesar ini . Kita pernah dengar nasihat orang tua dulu , masa makan jangan bercakap apa-apa sebab di anggap tingkahlaku itu tidak sopan . Pada zaman riwayat Rasulullah s.a.w masih hidup dahulu , apabila Baginda berkumpul dengan para sahabat-sahabat Baginda di kebun tamar , semasa mereka makan bersamalah  , Baginda menasihati sahabat-sahabat dengan lemah lembut penuh hikmah , yang kurang , apa yang tidak betul dan sebagainya . Barangkali ,  nasihat orang tua kita dahulu ialah kepada orang-orang mereka yang bercakap perkara yang tidak elok depan rezeki Allah yang berikan . Bergaduh adik beradik depan rezeki . Sedangkan rezeki itu Allah yang kurniakan .  Di kesempatan makan bersama dengan keluarga dengan anak-anak , gunakanlah ia sebagai peluang untuk menegur , menasihati , bertanyakan masalah atau perkara yang telah mereka lakukan pada hari berkenaan . Berikanlah penghargaan , berikanlah mereka peluang meluahkan rasa hati anak-anak pada kita . Gunakanlah tutur bahasa yang sopan lemah lembut . Biar anak-anak merasakan bahawa , ibubapa benar-benar memahami jiwa mereka . Dan itulah orang yang paling dipercayai oleh mereka dalam mengharungi kehidupan mereka yang sangat mencabar . Untuk diri aku pula , setelah ayah meninggalkan kami , hikmahnya aku dapat kembali berpindah Segamat untuk tinggal berdekat dengan ibuku yang tinggal keseorangan . Jadi kami dapat makan bersama-sama . Sambil makan kami berbual diantara satu sama lain . Kalau tidak aku makan di rumah ibuku , ibuku akan datang ke rumahku untuk menghantar sedikit juadah khususnya kepada 2 orang cucunya . Dapat juga ibuku makan bersama-sama dengan cucunya .Hubungan nenek dan cucunya juga bertambah erat .



P/s : Ibuku dan aku bekerja di bawah satu Jabatan yang sama . Namun baru kali ini aku dapat makan berdua dengan ibuku di luar rumah semasa masih dalam waktu bekerja tadi .:)

4 comments:

Mizz Aiza said...

masa makan bersama keluarga adalah saat untuk merapatkan hubungan kekeluargaan di antara suami isteri dan anak-anak..

Unknown said...

Makan dengan family memang best..
Dapat rapatkan lagi hubungan.. aku suka...

mahmud thalut said...

Assalam
Paling mengharukan bila semua ahli keluarga ada bersama di meja makan.

tehr said...

bila semua dah besar
sukar juga untuk sentiasa dapat makan bersama

sesekali ada peluang
gunakan sebaik mungkin