17 December 2013

Maafkan aku , maafkan aku

Hari ini baru sahaja dapat mengemaskini blog untuk entry terbaru . Maaf ye kawan-kawan yang mengikuti blog aku ni kerana 4 hari aku tidak dapat mengemaskini blog untuk bacaan santai pembaca blog di luar sana dek kesibukan kerja dan juga masih lagi tiada internet di rumah . Lawatan dan mesyuarat kerja dari ibu pejabat jabatan aku yang diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah beserta Timb.Pengarah , pengarah-pengarah bahagian , pengarah negeri-negeri termasuk CEO anak syarikat dan juga para keluarga mereka  seramai 100 orang menyebabkan hampir kesemua kakitangan termasuk aku bertungkus lumus membuat persiapan rapi dalam menyambut mereka sebagai tetamu . Bukan senang Ketua Pengarah hendak datang ke pejabat kita kerana jadual padat Ketua Pengarah yang mempunyai banyak agenda penting yang lain mesti diuruskan terlebih dahulu . Jadi tugas aku ialah melibatkan protokol menguruskan VIP - vip ini. Lalu pada minggu lepas Bandar Segamat ini yang penuh dengan van , hilux sebagai kenderaan rasmi jabatan aku dari seluruh Malaysia .

Itu alasan pertama , alasan kedua blog tidak di kemaskini pada hari Sabtu dan Ahad kerana internet masih belum dipasang di rumah aku lagi walaupun sudah 2 minggu permohonan telah dibuat melalui satu promosi skim Internet 1 Malaysia .Boring juga internet belum boleh dipasang lagi oleh kontraktor TM. Jadi aku terpaksa melayari internet dan baca blog yang aku minati menggunaklan Tab sahaja dengan seminggu RM 7.00 / 100mb caj internet . Mana yang komen blog aku , minta maaf , aku tidak sempat reply . Tetapi aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjemput aku menyertai contest GA . Sebenarnya aku cuba meminimumkan penggunaan harta pejabat seperti PC pejabat aku ini dari kegunaan peribadi . Ini amanah beb , amanah. Walau bagaimanapun ada 2,3 entry baru yang telah aku buat untuk diuploadkan di blog aku . Mungkin pada keeseokan hari

Apa cerita anda semua.?OOOO untuk EVENTS BLOGGERS pada hari Sabtu lepas , walau pun aku telah mendaftar secara online , aku tidak dapat pergi kerana ada hal peribadi yang tidakdapat dielakkan . Tidak mengapalah , pada tahun 2014 , kalau ada lagi Event untuk blogger lagi In shaa Allah aku akan menyertainya . Biar blog aku jadi mantap dulu . Followers baru 40 orang , jadi jemputlah para bloggers lain jadi follower blog PuteraOhtraBulan ni ye. Baru semangat untuk aku terus berkarya dalam blog ini .

Minggu lepas Manchester United menemui rentak baik di dalam EPL . Menang dengan Aston Villa 3-0 . David Moyes berasa lega akan kemenangan yang diharapkan bagi mengembalikan semangat juang pemain dan kepercayaan  peminat kelab. Tapi aku berasa kesian kerana Andre Villa Boas , pengurus Tontenham Hostpur dipecat gara-gara kekalahan memalukan dengan Liverpool 5-0 . Itulah , apapasal ketepikan Jermaine Defoe tu .

Ok.itu sahaja. Perjuangan belum selesai . Mohon doa sesama kita , untuk terus bermotivasi . terus mencapai impian , cita-cita dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ditambah dengan kenaikan kos sara hidup secara tiba-tiba.

P/s : Cool brader Arsenal cool .. kalah 6-3 dekat Manchester City sebab diaorang tetiba boleh perform macam tu pulak . kih3x







3 comments:

hafizmd said...

Padat juga jadual bro. Terbaiklah!

Tpi paling menarik mestinya yg last tu. Apakah Arsenal akan terus down lepas krismas ni, dan pasukan lain akan mula pintas kedudukan Arsenal? Menarik utk diperhati....hehe

teh ramuan said...

MU menemui rentak
harimau muda a pula mengekalkan rentak

harap rentak blogging tak terbantut

Fazrol said...

Amboi sempat juga terselit kisah Arsenal..