21 November 2013

Tips Rumah Tangga .Contohi 2 Tokoh ini

"Jikalau kamu berkahwin,kamu termasuk dalam umatku" Hadis Nabi Muhammad s.a.w

Betapa perkahwinan itu merupakan nikmat yang diberikan kepada Allah untuk menyalurkan rasa kasih sayang kita kepada orang yang kita cintai. Saya baru sahaja 5 tahun berkahwin. Tapi saya telah bercinta dengan isteri saya 9 tahun. Sejak dari sekolah lagi kami bercinta. Tapi kami bercinta dalam senyap. Tidak heboh kepada satu Malaya. Yang tahu pada masa itu hanyalah beberapa orang rakan terdekat sahaja . Menurut kajian , dalam tempoh 10 tahun lah bagaimana kita mampu mengemudi perkahwinan kita sehingga ke akhir hayat . Jangan lupa sebenarnya yang memberikan kasih sayang sesama insan adalah Allah s.w.t .Dekat hubungan kita dengan Allah , maka datanglah kasih sayang orang kepada diri kita. Asam garam rumah tangga itu biasalah . 





Pernah mendengar kisah tentang seorang sahabat nabi yang juga merupakan khalifah Al- Rasyidin Saidina Umar Al-Khattab. seorang khalifah , pemimpin yang ditakuti sangat berani di marahi oleh isterinya . Datang seorang lelaki untuk mengadu hal tentang isterinya yang kuat membebel kepada Saidina Umar ke rumahnya. Sampai sahaja di di depan rumah Amirul Mukminin itu , dia mengetuk pintu rumah khalifah itu . Kebetulan lelaki itu mendengar suara isteri Amirul Mukmini sedang memarahi Umar. Tapi tidak kedengaran pula suara Umar membalasnya . Lalu lelaki itu membatalkan niatnya lalu segera ingin pulang ." Jika Amirul Mukminin sebegini juga , bagaimana dengan keadaanku ?" gumam hatinya . Kemudian keluarlah Umar dan bertanya kepada lelaki itu , 'Apakah keperluanmu ' . Lalu lelaki itu menjawab, " Wahai Amirul Mukmin , aku ingin mengadu tentang hal sikap isteriku kerana dia seringkali memarahiku , tapi aku kedengaran rupanya sama seperti  isteri Tuan."Di samping itu,” sambung Umar, ”Hatiku merasa tenang (untuk tidak melakukan perbuatan haram sebab jasa isteriku). Kerana itulah aku tetap sabar atas perbuatan isteriku.Wahai Amirul Mukminin, isteriku juga demikian,” ujar orang laki-laki itu.

Oleh kerana itu, sabarlah wahai saudaraku. Ini hanya sebentar!


Para pembaca yang sangat dihormati , begitu juga kisah bagaimana rumahtangga Rasulullah s.a.w dengan isteri baginda , Siti Aishah . Ketika itu Aishah telah merajuk dengan baginda. Nabi meminta kepada Aishah supaya memanggil ayahnya ( Abu Bakar As-Sidiq ) agar menjadi orang tengah kepada mereka berdua . Lantas Abu Bakar ke rumah Nabi. Sampai di rumah Nabi , lalu Aishah mengadu hal ttg baginda kepada ayahnya . Aishah ditampar oleh Abu Bakar . Aishah terkejut , begitu juga baginda . " Jangan sesekali kau tidak patuh dengan perintah Rasulmu " kata Abu Bakar dengan nada yang marah . Aishah yang terjatuh bingkas bangun lalu mendapatkan perlindungan di belakang badan nabi dengan teresak-esak . Lalu baginda menjawab , "Wahai saudaraku , cukuplah , kami meminta kamu datang untuk menjadi orang tengah,bukan memukulnya. 

Inilah contoh yang terbaik kepada lelaki yang menjadi suami kepada perempuan. Betapa tingginya rasa hormat mereka kepada isteri mereka dan menjadi seorang pelindung .



Semoga Allah mengurniakan kebahagian kepada rumah tangga kita . Saya ingin mengucapkan kepada tuan Blogger pemilik blog Denai Hati klik di sini kerana menyambut ulangtahun ke 25 perkahwinan mereka .Semoga Allah memberkati kehidupan keluarga tuan. Inilah pertama kali saya membaca satu kisah peribadi individu yang tidak pernah saya kenal dan ketahui. Satu catatan yang jujur dan tulus mengenai pengalaman melayari bahtera perkahwinan. Boleh menjadi satu contoh kepada pasangan muda yang telah berkahwin .

P/s : Akibat tidak membaca habis entry Blog Denai Hati semalam .saya terlepas hadiah yang di tawarkan olehnya. Apa hendak buat,bukan rezeki saya . kih..kih..kih







3 comments:

Farid Adam said...

Salam perkenalan daripada saya.

Betul tu. Rasulullah adalah sebaik2 contoh suami yang patut dicontohi...

puteri kasih said...

semoga kekal bahagia ke akhir hayat :)

puteri kasih said...

semoga kekal bahagia ke akhir hayat :)