25 November 2013

Revolusi Smartphone Indeks Iman Kita Boleh Meningkat ?

" Eh , Note 3 ka ?" tanya penulis kepada seorang sahabat . " Aah." jawab rakan penulis sambil sedang membelek-belek gajet canggih berjenama Samsung yang terbaru itu. Apa yang berlegar dalam dalam minda penulis ketika itu ialah , gajet itu masih mahal lagi dalam pasaran . Trade in yang lama ambil yang baru . Berapa jumlah not RM yang dibayar untuk memiliki 'smartphone' itu ? Jawatan dalam kerja sama seperti penulis . Atau adakah dia ada membuat kerja sampingan atau mempunyai perniagaan kecil-kecilan .Adakah dia sudah membayar hutangnya yang tertangguh . Adakah dia telah banyak mempunyai banyak simpanan dalam tabungannya . Penulis tersenyum sendirian apabila terpasak soalan-soalan itu dalam kotak minda sendiri . 
Masya Allah , Tabarakallah . Sebenarnya memiliki smartphone canggih terbaru merupakan nikmat dari Allah s.w.t . Sama seperti kita menukar kereta baru , kasut baru , beli rumah baru atau dapat jadi pengantin baru. Banyak betul nikmat dunia yang Allah berikan . Setiap sesaat yang kita lalui dalam hidup ini , penuh dengan kenikmatan . Kita tidak minta pun Allah berikan juga . Semoga kita tidak menjadi seorang Muslim kufur nikmat . Semoga segala kecanggihan alat telekomunikasi juga boleh dimanfaatkan dengan perkara berfaedah . Menjadi medium untuk terus berdakwah dan menyebarkan kebaikan . Dalam konteks perhubungan sesama manusia tiada lagi istilah susah untuk berhubung . Takut juga kalau memiliki barang yang mahal kita terlupa pada mereka yang susah , yang miskin , yang memerlukan bantuan kemanusiaan . Kita selalu terleka dek kecanggihan teknologi sekarang . Boleh juga jadi angkuh . Timbul perasaan cemburu . Dan kadang-kala boleh mencipta satu jenayah . Jadikanlah gajet canggih sebagai satu medium mendapatkan ganjaharan pahala .Kebiasaannya kita sering muat turun aplikasi permainan , ataupun aplikasi yang memudahkan cara atur hidup kita . Adalah lebih baik lagi kita banyak muat turun aplikasi Islam seperti Al-Mathurat , surah Yassin , Al-Quran dan terjemahannya . Banyak lagi aplikasi Islamik yang boleh di dapati bagi menambahkan sedikit ilmu dalam dada kita .

Semoga dengan memiliki gajet canggih ini , tidak akan menjadikan dunia maya seolah-olah yang banyak mengawal dan mempengaruhi tingkah laku kita . Kecanggihan gajet memang merentasi sempadan global tetapi tidak akan menjadikan graf iman kita meningkat . Tepuk dada , tanya iman .

P/s : Hanyalah sekadar pandangan peribadi sahaja

3 comments:

Shubhi said...

Ramai yang nampaknya leka sangat dengan smartphone ni sampai duduk dengan kekawan tapi bukannya melayan kawan sebaliknya layan phone.

mahmud thalut said...

Assalam
Ada juga yang katanya tidak boleh hidup atau tidak sempurna hidupnya jika tiada aktiviti bersama smartphone.

adam said...

Wife aku ada jugak tolong downloadkan Islamic software macam Muslim Pro yang akan alert bila masuk waktu solat, Quran Touch dan Iman...