26 November 2013

Kahwin Che Ta RM13 juta

SHAH ALAM: Perkahwinan gilang-gemilang pasangan selebriti sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada 11 Disember ini menerima tajaan keseluruhan bernilai kira-kira RM13 juta.
Mencatatkan sejarah tajaan perkahwinan paling besar dan mahal diterima pasangan artis tempatan, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta dan Zain mendapat jolokan 'Wedding of the Year'. 
Pada hari bahagiannya itu, Che Ta akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta. 


Rozita, 40, dan Zain, 29, yang ditemui media pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, di sini berkata, urusan penajaan perkahwinan itu juga bukan mereka yang mencari sebaliknya pihak penaja terbabit yang menunjukkan minat dan kesudian untuk memberi sokongan.



Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo pusat konvensyen itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.



Majlis berinai Che Ta akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Shah Alam, jam 8.30 malam. 



Terdahulu, majlis merisik Che Ta berlangsung di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Majlis merisik secara tertutup itu dihadiri saudara-mara dan kenalan rapat saja.


Sumber Rasmi Daripada klik sini

Banyak betul "sponsor" untuk majlis perkahwinan seorang selebriti Malaysia yang telah diketahui secara umumnya sehingga bernilai RM 13 juta. Katanya Alhamdulilllah. Diorang cari kita , bukan kita yang cari diaorang.
Soalan saya , adakah penaja-penaja ini sudi memberikan tajaan tidak kira kewangan mahupun perkhidmatan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin  tetapi kerana dek gaji yang kecil ditambah ekonomi yang mencengkam? Rasanya ia boleh membendungi punca zina dan kelahiran anak tidak sah taraf.
p/s : Ini cuma pendapat.Ada ambek kisah ?


5 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

untungnya dia dapat tajaan sebegitu banyak.. semoga perkahwinan diberkati oleh Allah selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.. :D

h said...

semoga pasangan zain dan che ta bahagia dunia akhirat...

hafizmd said...

cepat pulak tertekan...hehe

bab sponsor tu, terpulanglah pada tukang sponsor...mungkin ada yg mereka buat utk komuniti tapi tak dihebahkan..=)

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

suri said...

salam..biarkanlah dia heee baik kita dengar dan doakan sahaja