29 November 2013

AZAM TAHUN 2013 dan TAHUN 2014, Ambek Kisah Ke ?

Hanya tinggal lebih kurang 35 hari lagi kita akan bergerak ke tahun 2014 meninggalkan tahun 2013 .
Kebiasaannya topik begini akan dibincangkan para teman-teman , mahupun di program TV atau pun di dalam radio – radio dalam Malaysia pada hujung dalam sehari dua sebelum masuk tahun baru. Mesti orang Malaysia akan berkongsi dan bercakap apa yang mereka telah capai dalam hidup mereka . Namun jarang-jarang mereka cakap apa yang mereka tidak capai untuk tahun ini . Kebiasaannya kita simpan dalam hati . Kepada mereka yang telah mencapai azam atau sasaran mereka  , penulis ucapkan tahniah . Kepada yang belum tercapai azam mereka , perkemaskini langkah , baiki kekurangan diri , dan bangun semula dengan lebih kuat , segar untuk mencapai apa yang kita sasarkan pada tahun hadapan .
Jenis – jenis azam yang biasa kita dengar ?

Antara jenis-jenis azam yang biasa kita dengar seperti , menabung , mencari kerja lebih baik , menyambung pelajaran , berkahwin , memulakan suatu perniagaan , ingin mendapatkan pangkat yang lebih baik dalam kerjaya dan lain-lain . Tetapi kebiasaannya antara yang paling biasa kita dengar ialah “ Azam aku pada tahun hadapan ialah ingin menjadi seorang yang lebih baik lagi”. Sama seperti penulis yang memberitahu pada diri sendiri apa yang ingin di azamkan pada tahun hadapan . Macam sekarang , penulis berazam pada dua minggu lepas untuk aktif semula dalam dunia blogging ini tanpa ada rasa jemu , rasa penat dan terus bermotivasi . Menulis dan terus menulis berkongsi apa jua hal , mengenai pengalaman dalam hidup , ilmu yang dikutip , tips , melontarkan idea , pandangan dan apa-apa sahaja . Dunia blog bukanlah seperti diari yang tulis dalam buku kemudian kita sorokkan agar itu menjadi rahsia peribadi .( Penulis pun pernah tulis diari hidup dalam buku semasa sekolah dulu ) . Jadi kelebihan menulis suatu catatan peribadi itu sudah ada.Cuma bagaimana kita hendak menggayakan sesuatu penulisan itu di dalam blog agar mampu menarik minat pembaca , membaca catatan itu .  Apabila penulis mula berblogging semula , penulis sentiasa melungsuri blog – blog yang sudah kuat dan ada nama , ia seperti ada satu cabaran dalam diri penulis.  Bagaimana hendak menjadikan blog AMBEK KISAH APE ADA HAL ini serupa dengan blog- blog yang hebat , yang menjana pendapatan , yang mempunyai ramai pengikut . yang boleh menjadi mentor , membuka akademi blog dan lain-lain .
Jadi , untuk azam penulis tahun hadapan , penulis telah pun bermula dari dua minggu yang lepas . Apa azam penulis ? Menjadikan blog AMBEK KISAH APE ADA HAL ini sebagai salah satu blog yang popular di Malaysia ? Ishh..Jauh lagi . Tapi , In Shaa Allah . KERJA KERAS , MENGIKUT PANDUAN YANG BETUL ,MEMATUHI ETIKA dan memperbanyakkan bacaan untuk bahan atau idea dalam blog .

P/S : Terima kasih yang menyokong atau yang baru hendak menyokong kewujudan blog ini . 

7 comments:

Unknown said...

dulu dulu masa muda2 rajin lah pasal azam azam ni

suri said...

salah satu dah berjaya cuma ada 2 perkara yang tak done huhu..

puteri kasih said...

puteri jarang ada azam tahun baru..sebab pada puteri bila-bila pun kita boleh berazam tak perlu tunggu tahun baru :)

Unknown said...

tahun 2013 ni byk percutian family kecik sy..moga tahun hadapan byk lg perubahan ke arah kebaikan bt diri saya

MrJocko said...

Azam saya mahu menaikkan jenama Blooggers ;)

t.a.t.a said...

kahwin. hahahaha itu azam tahun 2013. tapi macam tak tercapai aje. dah 1213 dah, tapi calon pun tak de lagi.


hahahahaha

Unknown said...

Salam, baru baca blog tuan dan berminat nak sokong blog tuan ni sebab banyak info semasa dalam ni.